Google Stadia Gerbang Dunia Game Masa Hadapan! Sebuah Platform Gaming Berasaskan Cloud.
Pada Game Developer Conference 2019 yang diadakan di San Fransisco, Amerika Syarikat, Google telah bersedia dan serius untuk terjun ke dalam industri video game. Perkembangan seperti ini sangat menarik, dengan keterlibatan Google ia dapat menyemarakkan lagi industri video game dan gaming.
Dalam acara tersebut, Google telah memperkenalkan apa yang mereka sebut sebagai ‘ Masa Depan Gaming’ iaitu sebuah platform game streaming mereka iaitu Stadia. Google mendakwa bahawa Stadia ini lebih power daripada Playstation 4 Pro dan Xbox One X.
Dengan Google Stadia, para pemain boleh bermain game Triple AAA dari Cloud dengan hanya gunakan Google Chrome dan pemain juga boleh streaming dalam masa yang sama.
Bahasa mudahnya, anda tidak perlu susah-susah untuk install fail-fail game bagi memainkan suatu game atau memerlukan apa-apa hardware. Andah bahkan boleh cuba game yang anda dapati dari Youtube. Stadia ini sepenuhnya bergantung kepada internet.
Jika PlayStation 4 dan Xbox One memerlukan konsol, Stadia hanya bergantung pada infrastruktur Google Cloud dan para pemain boleh langsung stream game di PC (guna Chrome), smartphone sehingga di TV (Chromecast).
Dengan Stadia anda boleh streaming game dengan resolution 4K dan HDR pada 60 fps. Manakala jika bermain, Google mendakwa ia mampu bermain game pada resolusi 8k (120fps) pada masa akan datang.
Selain itu, Google juga memperkenalkan controller untuk Stadia. Controller ini seperti bentuk DS4 Sony. Ada prot USB-C, port jack headphone 3.5mm dan butang khas untuk feature suara.
Google memaklumkan bahawa Stadia akan dilancarkan di Amerika Syarika, UK, Eropah dan Kanada pada akhir tahun ini. Setakat belum ada makluman berapa jumlah wang yang harus dikeluarkan untuk menikmati perkhidmatan cloud gaming Stadia.