Mobile Legends Lancarkan Hero Tank Terbaru – Khufra!

0 810

Pada awal bulan ini Mobile Legends kembali melancarkan hero terbaru mereka iaitu Khufra : Desert Tyrant yang dikenali sebagai Raja Padang Pasir. Khufra sebelum ini telah dilancarkan di advance server beberapa waktu yang lalu dan hari ini ia telah dilancarkan di Original Server.

Khufra merupakan Hero tank yang boleh dikatakan memiliki skill yang over power. Ramai yang mengatakan hero ini akan jadi hero favourite dalam game. Hero ini memiliki keistimewaan skill Crowd Control/Initiator.

Crowd Control ini membolehkan hero ini mengagalkan feature blink yang ada pada musuh. Atas faktor ini, Khufra merupakan musuh alami bagi para pengguna Blink Skill. .

Skill pasif Khufra ialah Spell Curse dimana hero ini dapat mengaktifkan skill pasifnya setiap 12 saat untuk tingkatkan jarak serangan Basic Attack, mengurangkan pergerakan pihak lawan dan menghasilkan magic damage dan HP.
Selain skill-skill diatas khufra memiliki Skill Tyrant’s Revenge yang dapat menghasilkan physical damage bagi pihak lawan. Skill kedua ialah Bouncing Ball. Ia dapat meningkat physical dan magical defence Khufra. Jadi, pihak lawan yang menggunakan skill blink sangat berisiko jika berhadapan dengan Khufra kerana musuh boleh di knock up.

Akhir sekali ialah skill ultimate Khufra iaitu Tyrant’s Rage. Khufra akan menarik semua pihak lawan yang ada disekelilingnya seperti satu pusaran dalam masa yang sama menghasilkan physical damage (dapat mencapai sehingga 150%) dan menurunkan pergerakan kelajuan musuh.

Korang yang dah cuba apa pendapat korang?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.