NateHill Dan FunkBombber Menipu Dalam Pertandingan Rasmi Fortnite!

0 956

Minggu ini merupakan minggu pertama acara pertandingan Fall Skirmish Tournament dijalankan. Walaupun baru sahaja berjalan, terdapat beberapa individu yang bersikap tidak betanggungjawab dan mengambil kesempatan.
.

Dua orang streamer/pemain yang bernama NateHill dan FunkBomb telah bertindak untuk menipu dalam pertandingan tersebut. FunkBomb pada awalnya telah kalah/mati terlebih dahulu. Sejurus kekalahan, FunkBomb telah mengintip livestream rasmi Epic Games dan memberikan informasi yang didapatkan kepada Natehill.
.

Malangnya aksi beliau diketahui oleh penonton dan komuniti game tersebut. Orang ramai yang tahu tentang hal tersebut telah mencemuh mereka dan menyuarakan agar kedua-dua mereka dibanned dari acara tersebut.
.

NateHill sendiri melalui Reddit telah mengaku salah dan meminta maaf. Mereka berdua juga mengatakan bahawa mereka telah meminta maaf kepada pihak Epic Games. Setakat ini, NateHill digantung manakala FunkBomb disingkirkan.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.