PUBG Hadir Dengan Peta Terbaru Sanhok Dan Ciri-Ciri Tambahan Lain

0 1,340

Hanya dalam masa setahun game bergenre battle royale, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) kini semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat game. PUBG Corp baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah menjual sebanyak 50 juta game PUBG untuk konsol Xbox One dan PC. Ini angka yang besar bagi game hanya berusia 1 tahun.

Jumlah pemain keseluruhannya kini telah mencapai 400 juta orang. Hal ini bermakna pemain PUBG mobile sahaja memiliki 350 juta.

Pada hari ini, selain pengumuman hasil jualan, PUBG Corp juga mengatakan mereka sangat optimis dengan masa depan game ini dan akan terus berusaha keras membuat konten dan pembaikan baru.

Pada 22 Jun 2018, ada khabar gembira untuk pemain PUBG versi PC di seluruh dunia. Game ini akan menambah peta arena terbaru versi penuh secara rasmi.

Sanhok sendiri merupakan peta arena yang berlatar belakangkan hutan belantara. Menariknya, peta arena ini menghadirkan kondisi cuaca yang dinamik. Dengan ini gamer tidak akan bosan dengan corak permainan tersebut.

Namun peta ini berbeza dengan peta sebelumnya iaitu Miramar dan Erangel kerana Sanhok mempunyai ukuran saiz yang lebih kecil iaitu skala 4km x 4km.

Selain itu terdapat penambahan lain seperti kehadiran senjata baru iaitu QBZ95. Senjata ini merupakan senjata yang berjenis assault rifle. Penambahan pada user interface juga dilakukan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.