J Team Rebut Gelaran Juara Dalam Acara Arena of Valor International Championship 2018!

0 686

Setelah berminggu-minggu berlangsung dengan sengit, akhirnya Arena of Valor International Championship 2018 menutup tirainya semalam. Acara peringkat final tersebut telah diadakan di Bangkok.
.

Sebanyak 12 pasukan telah bertanding bagi melayakkan diri ke peringkat playoffs. Pada babak semifinal, team flash telah bertemu dengan Ahq E-sports. Pertandingan tersebut telah berlangsung dengan sangat sengit, namun Team Flash yang berasal Vietnam tersebut mampu memenangi dengan skor 3-1. Manakala di peringkat lain, Team Alpha telah bertemu dengan J Team. J Team hanya mampu menang tipis sahaja iaitu 3-2.
.

J Team telah bertemu dengan Team Flash. Sayangnya, pasukan berasal Vietnam itu lebih unggul dan mengalahkan J Team sebanyak 3-0. Hal ini menyebabkan J Team terpaksa turun ke peringkat lower bracket dan berhadapan dengan Ahq termasuk mengalahkannya jika ingin mara ke peringkat akhir.
.

Walaupun JTeam dan Ahq merupakan pasukan yang kuat namun berikutan tekad yang jitu untuk menang dan keinginan untuk balas dendam, JTeam berjaya pukul pasukan yang berasal dari Korea Selatan tersebut iaitu Ahq sebanyak 3-0.
.
Hal ini telah membolehkan JTeam bertemu kembali dengan Team Flash. Semangat juang yang ditampilkan, Team Flash telah dibantai oleh JTeam sebanyak 4-0 sekaligus menobatkan JTeam sebagai juara.


.

JTeam telah berjaya membawa pulang $250,000 dolar.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.