Game Terbaru Ring of Elysium (ROE) Bakal Mengugat PUBG?
Bagi mereka yang main PUBG tentu akan pernah dengar atau kenali dengan nama Tencent. Syarikat yang berpusat di Shenzhen dan merupakan antara syarikat gaming terbesar dalam dunia. Tencent telah melancarkan PUBG dan melabur $15 juta bagi membawa Fortnite ke China, ia juga membantu Ubisoft untuk mengeluarkan game mereka di Asia.
Syarikat itu juga sekarang sedang mengusahakan game Battle Royale mereka sendiri iaitu Ring of Elysium atau ROE yang dimana kini sudah sedia ada di pasaran Asia. Game ini mendatangkan kontroversi malah ancaman kepada PUBG. Ramai yang mengatakan bahawa Game ini adalah pembunuh kepada permainan PUBG.
Ramai yang menyukai ROE sebagai alternatif kepada PUBG kerana graphic yang lebih realistik ROE membawa genre Batlle Royale. Di dunia Elysium, pemain seakan berasimilasi dengan permainan tersebut. Dimana anda betul dapat merasai permainan seolah terjadi di dunia nyata.
Game ini didukung oleh suasana dan gameplay yang bersifat realistik dimulai dari kesan cuaca yang dinamik, penggunaan senjata yang real, dan pembangunan bangunan yang menyatu sebagai bahagian dari gameplay.
Game ini memiliki kemiripan dengan gameplay PUBG. Semua pemain akan terjun ke pulau terpencil, dan hanya ada satu pemenang. Yang terakhir akan bertahan hidup. Kawasan pertempuran akan mengecil secara perlahan, dan hanya pemain yang dapat mengawal permainan dan menggunakan peralatan dengan baik yang yang akan menjadi pemenang.
Pada ketika ini ROE baru sahaja membuat pendaftaran untuk Closed Beta Testing, jadi anda boleh ikut dengan mendaftar.