Mobile Legends Jungle Mobs Buff – Info padat dan terperinci

0 3,801

“I’ll take the buff” Mesti korang slalu dengar ni kan masa baru game baru bermula. Tapi korang tau ke apa maksud nya. Maksudnya ialah menambahkan kesan khas kepada seseorang hero tu dengan cara membunuh Monster Hutan atau juga dikenali sebagai Jungle Mobs.

Dan kadang-kadang ada yang dah rank Grand Master, bukan daddy saja nak cakap tapi memang ada yang masih taktau Jungle Mobs yang mana memberi buff dan atau Jungle Mobs yang mana memberikan buff yang bagaimana. Korang boleh tengok di bawah detail-detailnya k. Dan tidak lupa juga kesan buff juga akan berbeza mengikut role hero yang membunuh.


Buff mobs: Reaper dan Spinner – muncul dalam map setelah 30s match bermula dan setiap 2m selepas dibunuh.

Fighter – Mengurangkan cooldown untuk semua skill sebanyak 15%, dan menyebabkan skill yang digunakan akan memperlahankan musuh sebanyak 20% selama 1.5s.

Assassin – Mengurangkan cooldown untuk semua skill sebanyak 10%, mengurangkan penggunaan mana sebanyak 20% dan menambahkan ketembusan attack magic dan physical sebanyak 15.

Mage – Mengurangkan cooldown untuk semua skill sebanyak 20%, mengurangkan penggunaan mana sebanyak 50%, menambahkan magic power sebanyak 30.

Marksman – Menambahkan physical attack sebanyak 10%. Menyebabkan penggunaan skill akan menambahkan movement speed sebanyak 15% selama 2s apabila terkena musuh.

Support – Mengurangkan cooldown untuk semua skill sebanyak 10%, menambahkan 50 per 5 saat mana regen.

Tank – Mengurangkan penggunaan mana sebanyak 50%, dan menambahkan Physical dan Magical defense sebanyak 15%.


Normal Mobs:  Hanya memberikan sejumlah gold, exp dan HP. Exp akan dikongsi jika ada hero lain bersebelahan. Normal monster akan muncul di dalam map setelah 30s match bermula dan setiap 1m setelah terbunuh.


Gold Mobs: River Crab, memberikan penambahan gold sebanyak 10 setiap 2s, selama 30s

Epic mobs: Turtle dan Lord


Turtle – Akan muncul di dalam map selepas 2 minit match bermula. Monster ke-dua terkuat selepas Lord. Memberikan sejumlah gold dan exp kepada setiap teammate.


Lord – Akan muncul selepas 3m setelah turtle dibunuh, dan 4m setelah ia dibunuh. Tempat ia muncul akan diperlihatkan dalam map sebagai 120s sebelum kemunculan. Monster paling kuat di dalam map. Selepas terbunuh ia akan hidup semula di pihak yang membunuhnya(last hit) untuk berlawan di lane.


Kedudukan jungle mobs di dalam map.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.