Legendary WOLF!!! – Roger Item Build untuk Super Serigala
Dalam Hero Guide kali ni daddy rasa tak perlu cerita banyak pon korang dah tau kan Roger ni siapa, dengan kelajuannya dan agresif nya tu daddy rasa Roger ni kalo korang jumpa sebagai musuh korang dalam game, takyah la 1 by 1, melainkan diorang pon baca tips daddy ni hehe. Kalo korang dah beli atau terbeli Roger ni, maka ini lah masa nya untuk korang meraih banyak kemenangan selepas membaca tips yang daddy karangkan di bawah, korang rasa dah pro takyah baca tips ke? Tak bolehhh, tips daddy bagi ni lagi bapak super pro korang kena baca jugak!!!
Early Game:
+ Tricks kali ini apabila menggunakan Roger ialah korang kena pantas bergerak ke belakang tower musuh dan habiskan gelombang pertama minion.
Semasa korang serang di sini, musuh akan sama ada serang korang (tetapi terlepas gelombang minion kita, rugi gold dan exp) ATAU meneruskan macam biasa habiskan minion kita (tetapi membiarkan jungle mob mereka untuk kita). So, walaubagaimanapon diorang akan tetap rugi, dan kita tetap untung.
+ Pulang dan jungle di kampong kita.
+ Upgrade MAX kan skill #2.
+ Macam biasa farm sebanyak mungkin dan make sure korang kill Turtle apabila kawasan sekitar selamat.
Mid Game:
+ Apabila Lord sudah muncul di dalam map, cuba untuk kill 1 atau 2 musuh, jika berjaya kemudian korang cuba bawa rakan untuk kill Lord, jika musuh cuba serang korang at least kita berlima, diorang bertiga atau berempat ja. Dan lagi pon diorang tak akan dapat agak yang korang pada Lvl 10 akan attack lord. Jangan bimbang Roger memang boleh tank lord pada Lvl 10 ni.
Late Game:
+ Korang kena memburu hero-hero squishies atau dipanggil sebagai yang lemah lembut sopan-santun, fragile mudah pecah haha. Kebiasaannya mesti ada sorang dua yang nak try stop korang buat pusing. Takda hal, diorang tak dapat kill atau lari dari Roger.
+ Dalam teamfight, set timing yang betul untuk attack hero-hero barisan belakang yang biasanya hero-hero fragile tu tapi mempunyai damage yang tinggi, sebab tu diorang sembunyi kat belakang je. Masa yang betul ialah apabila team sudah menyerang dan sudah set target masing-masing. Masa tu la korang masuk terus ke barisan belakang.
+ Jika musuh menggunakan flicker dan lari seperti scene di atas, korang just kejar sampai ke suatu jarak yang diorang tak dapat pergi semula untuk selamatkan team diorang pada masa tu. Diorang akan mati juga akhirnya.
Tips tambahan:
+ Skill #2 dalam mod manusia akan memberikan buff kelajuan pergerakan. Jika korang tukar kepada mod serigala selepas korang klik skill #2, buff tersebut akan tetap berterusan. Durasi masa buff movement speed hanya 2.5s, tetapi jika korang terbalikkan dari mod serigala korang klik skill #2 kemudian tukar mod serigala kepada manusia, adalah lebih baik kerana jangkasamanya adalah 5s.
+ Walaupon skill #2 Roger tu adalah super segala skill yang ada, sesekali korang kena jugak guna untuk melarikan diri, jangan nak kill shangatttt hehe.
Item Build: Kriteria pemilihan gear ini ialah kerana, 2 lifesteal untuk mengekalkan kedudukan dalam lane semaksimanya, kadar critical yang tinggi, attack speed, physical attack, movement speed yang baik untuk push.
- HAA’S CLAWS (cost 1810)
+70 Physical Attack, +20% Lifesteal, mendapat extra 10% physical lifesteal apabila HP jatuh bawah 40%.
- SWIFT BOOTS (cost 710)
+15% Attack Speed, +40 Movement Speed
- WINDTALKER (cost 1920)
+25% Attack Speed, +20 Movement Speed, +20% Critical Strike Chance
Setiap 4 kali basic attack, basic attack selepas itu akan memberi 125 magic damage kepada 3 musuh. Setiap casting Typhoon, movement speed akan bertambah 5% untuk jangkamasa pendek.
- BERSERKER’S FURY (cost 2200)
+65 Physical Attack, +25% Critical Strike Chance, +40% Crit Damage, crit strike menambahkan 5% physical attack selama 2s.
- ENDLESS BATTLE (cost 2470)
+65 Physical Attack, +25 Magic Power, +250 HP, +300 Mana, +5% Movement Speed, +15% Lifesteal, Basic attack seterusnya menjadikan 70% physical attack akan dilancarkan sebagai true damage sebaik saja penggunaan skill, cooldown hanya 1.5s. Juga menambahkan 15% movement speed apabila Divine Justice effect ini dilancarkan.
- BLADE OF DESPAIR (cost 3010)
+170 Physical Attack, +10% Attack Speed, tambahan 10% damage yang berada dalam keadaan tidak normal contoh stunned, melambung ke udara, bertukar bentuk dan disabled.
Battle Spell: Purify
Membuang kesan negative, mengelakkan disabling effect dari musuh dan menambahkan kelajuan pergerakan sebanyak 30%.
Keterangan skill:
+ Full Moon Curse (Passive) – Di dalam mod manusia, basic attack akan mengurangkan 20% movement speed musuh, basic attack menambahkan damage bersamaan kehilangan HP oleh musuh (sehingga 60 tambahan damage kepada Jungle Mobs).
Human mode:
+ Open Fire AoE (Mana cost: 70) – Menembak 2 kali dengan cepat, memberikan 300(+120% jumlah Physical ATK) physical damage. Tembakan jaring pertama akan memperlahankan musuh, tembakan ke-2 mengurangkan defense musuh sebanyak 10.
+ Hunter’s Step BUFF (Mana cost: 50) – Menambah kelajuan pergerakan 50% untuk 2.5s.
+ Wolf Transformation BUFF – Bergerak ke hadapan dan bertukar menjadi serigala jadian, memberikan 200(+100% tambahan Physical ATK) Physical damage dan memperlahankan 90% pergerakan musuh. Dalam mod ini, physical defense dan movement speed bertambah sebanyak 25.
Wolf mode:
+ Lycan Punce AoE (Mana cost: 110) – Melompat ke arah target, memberikan physical damage 300(+120% jumlah Physical ATK) kepada sehingga 3 musuh sambil berada di dalam mode tidak boleh di target oleh musuh. Kill atau assist akan mengurangkan cooldown skill ini sebanyak 80%.
+ Bloodthirsty Howl BUFF (Mana cost: 50) – Roger menjadi marah menambahkan attack speed 15% selama 4s. Semasa dalam kesan ini, jika ada musuh yang HP nya kurang dari 40% dalam penglihatan Roger, movement speed akan bertambah 50%. Basic attack dalam mod serigala akan memanjangkan durasi kesan ini.
+ Restore Human Form BUFF – Roger akan berguling ke arah yang ditentukan dan bertukar kepada manusia, mendapat 2200(+200 tambahan Physical ATK) damage absorbing shield selama 1.5s.
OK sekian saja dari daddy pada kali ini. Salam MVP!