Trend industri game pada awal tahun 2018 terus berkembang dan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya anak muda. Bermula dengan pertandingan eSport yang berskala global dan international,peningkatan kumpulan-kumpulan game developer termasuk game player sehinggalah kepada penggunaan alat Virtual Reality (VR) dalam pertandingan sukan elektronik.
Revolusi industri yang baru mendorong pemangkin teknologi secara inovatif. Permainan game telah bermetamorfosis atau berubah dari satu bentuk permainan ke satu bentuk permainan yang baru. Kini industri game mula melibatkan penggunaan Augmented Reality (AR), Virtual Reality (VR) dan Mixed Reality (MR) dalam dunia sukan elektronik. Dijangkakan pada masa hadapan permainan game adalah berkisar dengan menggunakan alatan ini.
Augmented reality (AR) merupakan teknologi yang menggabungkan dunia maya dua dimensi dan ataupun tiga dimensi ke dalam dunia tiga demensi. Contoh game yang popular menggunakan AR adalah Pokemon Go. Banyak perusahaan teknologi telah menggunakan AR untuk mencipta karakter hologram yang dapat menyatu dalam dunia nyata.
Adapun Virtual Reality (VR) adalah teknologi yang membuat pengguna untuk berinteraksi dengan keadaan yang disimulasikan oleh komputer atau konsol.
Menurut Alex Schwartz, chief executive dari Owlchemy Labs, dan Arnold mengatakan bahawa games kini menjadi penghubung termasuk menjadi pintu masuk pelbagai konten hiburan lain.
VR merupakanteknologi terbaru dan sedang berkembang dengan cukup baik. Tidak mustahil juga jika nantinya game dari platform VR akan menjadi trend game terbaru pada masa akan datang.
Senarai game-game VR antaranya, Elite: Dangerous, Job Simulator, Rick and Morty Simulator: Virtual Rick-ality ,Resident Evil 7: Biohazard dan banyak lagi.