Game MOBA Anime Terbaru ‘Extraordinary Ones’ Kini Sudah Dapat Dimainkan Di Telefon Pintar!

Dapat dikatakan antara genre game yang paling mendominasi dunia game mobile khususnya ialah genre MOBA dan Battle Royale. Sebagai developer, nampaknya NetEase tidak mahu ketinggalan.

Pada tahun lepas, NetEase telah memperkenalkan game yang bernama Inhuman Academy yang dilancarkan dalam bahasa Jepun dan sekarang nama baru Extraordinary Ones untuk versi bahasa Inggeris. Game tersebut bergenre MOBA dengan memakai watak hero anime.

Dalam game ini, pemain boleh memilih peranan yang ingin dimainkan seperti Assasin, Support, Mage, Warrior, dan Marksman. Namu dalam Inhuman Academy/Extraordinary Ones terdapat ciri unik yang membuatkan ia berbeza iaitu setiap watak hero boleh berevolusi/awaken apabila sudah mencapai level tertentu.
Selain itu hero ini juga boleh mendapatkan skill unik dengan cara bergabung dengan monster yang ada di hutan.

Extraordinary Ones memakai konsep yang sama dengan MOBA lain iaitu pertarungan 5v5 yang bertujuan untuk menghancurkan pertahanan pihak lawan.

Pada tahun ini game Inhuman Academy telah ditawarkan dalam bahasa Inggeris dengan nama Extraordinary Ones. Mulai sekarang sehingga 27 April sudah dibuka fasa closed-beta dan anda boleh muat turunnya disini/ Google playstore. Ada 40 hero untuk dicuba.

Comments (0)
Add Comment