Update Terbaru PUBG Mobile Ini Buat Ramai Pemain Tidak Puas Hati!

Sebagaimana pemain-pemain PUBG Mobile telah ketahui, bahawa pada 17 April lepas, PUBG Mobile telah melakukan penambahbaikan (update) versi 0.12.0, dimana update ini banyak menumpukan pada Mode Zombie.

Antara perubahan besar yang dibawakan oleh update versi ini ialah mod “Darkest Night” untuk mod zombi dan penambahan 2 senjata baru dalam mod zombi.

Ramai pemain PUBG Mobile mengharapkan pembangun game PUBG Mobile memperbaiki isu lag dan bug yang ada dalam game tersebut. Ramai yang terkilan terutama dengan bug pintu yang sering berlaku.

Namun perkara tersebut tidak begitu diketengahkan dalam update ini, malah masalah bug baru pula yang timbul. Antara kisah sedih yang berlaku selepas update terbaru ialah timbul beberapa bug baru sehingga menyebabkan poin pemain jatuh dan akhirnya beri kesan pada rank pemain.

Antara perkara yang terjadi dalam kalangan pemain PUBG mobile di pelbagai jenis handphone termasuk flagship ialah

 

1) Tidak keluar parchute semasa terjun dari kapal terbang (terus jatuh)
2) Ada yang sudah mendarat, tetapi kawan-kawan semua tak nampak. LLebih teruk, musuh pun tiada, senjata pun tiada dan mati luar circle.
3) Ada yang nampak dan dengar step tapi musuh tidak dapat dilihat, tiba-tiba kena tembak.
4) Masalah lag yang makin teruk
5) Macam-macam lagi

Buat yang hadapi perkara-perkara di atas, ada netizen yang mencadang solusi seperti berikut

1) Disablekan button spectator . Rata-rata yang buat bagi feedback dapat kurangkan bug.

2) Clear cache
3) Ada netizen yang mencadangkan seperti ini

– – Masa di dalam flight, jika jadi di fpp semasa atas kapal tu trus report bug submit sebanyak boleh sampai dia jadi elok dan nampak semua pasukan dalam kapal.

– kalau tak boleh jugak juga masa dah terjun off data/wifi sampai keluar server time out reconnect tu, terus force close apps kleuar. On wifi/data masuk balik apps.

4) Restart game (pastikan member cover semasa restart)

 

Kita mampu harap PUBG hadirkan update susulan dengan kadar segera untuk baiki masalah ini.

Comments (0)
Add Comment