Seperti mana yang telah sedia maklum dalam pemain-pemain game bahawa game Dota 2 adalah sebuah permainan sukan elektronik yang sangat terkenal baik di Malaysia mahupun di luar negara.
Apabila sesuatu permainan itu mendapat liputan sehingga ke peringkat dunia bermaksud permainan itu memiliki reputasi dan kualiti. Ia memerlukan masa yang lama dan kemahiran yang boleh diandalkan. Ramai pemain profesional Dota 2 mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap dimana mereka dapat digelar sebagai pemain professional.
Team Moshed memahami bahawa ramai pemain-pemain baru yang ingin turut serta dalam permainan DOTA 2. Maka dengan ini MOSHED GAMING hadirkan solusi kepada pemain-pemain yang baru ingin berjinak dengan DOTA 2.
Sebagai ‘beginners’ , Team Moshed menyarankan kepada anda memilih 5 hero utama ini. Penggunaan hero-hero ini lebih mudah untuk dikendalikan dan dapat menyesuaikan diri dengan permainan DOTA 2 yang kompleks.
OK!! Ini 5 Hero Dota2 Utama Untuk ‘Beginners’ :-
1. Sniper
Sniper adalah hero yang paling terkenal dalam kalangan Dota 2 players sebagai hero beginner. Kenapa? Hero ini tidak memerlukan anda menguasai banyak kekunci keyboard. Skill pertama dan ‘Ultimate skill’ sahaja yang aktif, manakala skill kedua dan ketiga adalah pasif.
Sniper merupakan hero yang dinisbahkan kepada hero ‘carry’. Carry adalah istilah yang digunakan didalam dota untuk menunjuk pada hero yang berbahaya di game yang berlangsung lama. Carry Heroes dapat melawan satu team full dengan item yang tepat.
Pemain yang memilih Sniper bertanggungjawab mengetuai pasukannya sendiri untuk bertarung dengan pihak musuh. Keunikan hero Sniper adalah, dapat menyerang pada jarak jauh dan apabila ditambah dengan ‘item’ yang sesuai dengan hero, hero Sniper boleh dikatakan hampir kebal iaitu tidak dapat disentuh oleh musush.
Namun terdapat beberapa hero yang mampu menumpaskan hero sniper ini. Antara hero yang kerap dipilih sebagai ‘counter’ Sniper adalah Spirit Breaker dan Pudge. Kedua hero ini mempunyai kelebihan yang tersendiri yang dapat mengalahkan Sniper walaupun dari jarak jauh.
2. Wraith King
Seperti hero Sniper juga. Wraith King merupakan satu hero ‘ carry ‘ . Hero ini menggalas tanggungjawab di ‘late game’ . Wraith King mempunyai satu sahaja skill aktif iaitu skill pertama nya ‘ Wraithfire Blast’ yang bukan sahaja memberi ‘damage’ tetapi juga menyebabkan musuh kaku selepas diserang ataupun ‘stun’.
Wraith King mempunyai ‘ultimate skill’ yang berkuasa digelar sebagai ‘reincarnation’. Wraith King dapat dihidupkan semula selepas dibunuh dalam pertarungan. Bukan itu sahaja, diambang kematiannya, musuh di sekitarnya akan menjadi perlahan.
Antara hero ‘counter’ Wraith King adalah Phantom Lancer, Chaos Knight dan Meepo. Wraith King amat kuat bila berlawanan satu vs satu dengan musuhnya, tapi sangat lemah bila berdepan dengan musuh yang menggunakan ‘illusion’.
3. Phantom Assassin.
Masih dengan hero ‘carry’, Phantom Assassin antara hero yang amat mudah untuk digunakan oleh pemain pemula Dota.
Phantom Assassin lebih dikenali sebagai PA, hero ini mempunyai statistik yang agak rendah pada awal permainan. PA memerlukan ‘farm’ yang banyak namun apabila mencapai ‘level’ 6, PA sudah dapat membunuh musuhnya demi mendapatkan ‘gold’ dan ‘experience’ yang lebih.
Ultimate skill PA di level 6 adalah ‘Coup de Grace’ iaitu PA menyerang musuhnya dengan ‘critical strike’. Ia dapat memberi kerosakan atau damage kepada musuh sehingga 230%. PA juga mempunyai skill pasif yang menarik iaitu ‘blur’. Serangan musuh PA berpotensi untuk tersasar apabila ia menyerang PA.
Antara ‘counter’ PA yang selalu diplih pemain profesional adalah Lina, Lion, Axe dan Bane.
4. BristleBack ( BB )
Ini baru bukan hero ‘carry’. Bristleback merupakan seorang hero ‘tanker’ dimana tugasnya didalam pertarungan adalah untuk musuh serang tanker tersebut. Tanker adalah jenis hero yang memiliki nyawa atau ketahanan tinggi sehingga menyebabkan ia lebih sulit dibunuh daripada hero lainnya. ‘Tanker’ juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi di dalam Dota 2.
Bristleback mempunyai 2 skill akitf dan 2 skill pasif. Skill pertamanya dan keduanya adalah aktif manakala skill ketiga dan ultimate skillnya adalah pasif. Kehebatan Bristleback adalah apabila serangan skill pertama dan keduanya bertalu-talu ( stack ), serangannya menjadi lebih dan lebih kuat.
Skill ketiga bristleback adalah punca kenapa BB digelar hero ‘tanker’. Ini kerana skill ketiga , iaitu skill yang pasif, menjadikan serangan musuh ke atas BB dari tepi atau belakang dikurangkan sehingga 40%. ‘
5. TideHunter
TideHunter juga merupakan satu hero ‘tanker’ dan kepentingannya juga adalah penting. Setiap tanker, tugasnya adalah lebih kurang sama, iaitu membuat pihak musuh menyerangnya.
Tidehunter mempunyai skill yang sangat sesuai untuk tanker dan tubuhnya juga sangat besar. Tidehunter menggunakan ultimate skillnya yang boleh menyebabkan pihak musuh kaku atau ”stun’ untuk masa yang agak lama. Dalam masa yang sama ia menyebabkan damage/kerosakan kepada semua musuh yang berada di dalam lingkungan yang berdekatan. Skill ini amat berguna jika pasukan tide ingin menyerang terlebih dahulu sebelum pihak musuh menyerang.
Tidehunter juga mempunyai skill kedua yang amat berguna iaitu Kraken Shell. Kraken Shell mengurangkan sedikit serangan fizikal ke atasnya dan juga menghapuskan status-status negatif yang dikenakan ke atas Tidehunter apabila Tidehunter menerima damage melebihi ‘treshold’.