TNC Predator Tarik Diri Dari ESL One Hamburg! Peluang Untuk Pasukan Evos

Secara tiba-tiba TNC Predator telah membuat pengumuman yang mengejutkan. Pengumuman itu diumumkan secara mendadak oleh pasukan TNC Predator yang memutuskan bahawa mereka ingin mengundurkan diri.
.

Walaupun berhasil melayakkan diri ESL One Hamburg, TNC Predator lebih memilih untuk tarik diri kerana rakan-rakan squad telah memilih untuk ikut serta dalam WESG 2018.
.

Pada 30 September yang lalu, pasukan TNC telah berjaya menewaskan pasukan Evos di peringkat kelayakan Asia Tenggara. Penarikan ini memberi peluang kepada pasukan EVOS untuk maju kerana posisi mereka kini berada dalam posisi runner up.
.

Jika tiada apa-apa aral melintang, EVOS mempunyai peluang besar untuk gantikan TNC Predator. Jika tidak, ruang kosong itu mungkin akan diisi oleh pasukan lain seperti Tigers yang tidak begitu menghadapi masalah pengurusan visa.
.

TNC Predator kini memilih untuk tumpu pada WESG 2018 kerana ingin mewakili negara Filipina. Tulis TNC Predator:

” We are withdrawing from ESL One Hamburg due to schedule conflict with WESG Philippine Finals. Many may question our decision but we want to represent the Philippines again in WESG if given the chance.”
.

All the best untuk semua pasukan.

Comments (0)
Add Comment