Pasukan Actoz Stars Red Meraih Gelaran Juara Dalam PUBG Asia Invitational 2019!

Baru-baru ini telah berlangsung acara besar yang dianjurkan oleh PUBG Corporation iaitu sebuah pertandingan berskala international, PUBG Asia Invitational.
.

Acara ini menawarkan hadiah berjumlah USD 500,000 kepada para pasukan yang berjaya menempah nama. Pertandingan ini telah diikuti oleh 5 kawasan di sekitar Asia. 4 pasukan dari China, 4 pasukan dari Korea Selatan, 4 pasukan dari Asia Tenggara, 2 pasukan dari Jepun, dan 2 pasukan dari Taiwan/Hong Kong/Macau.
.

Peringkat akhir pertandingan tersebut telah mempertemukan pasukan Korea Selatan dan China setelah kedua-duanya berhasil menewaskan pasukan-pasukan lain. Walaubagaimanapun, di peringkat akhir pasukan Actoz Stars dari Korea Selatan berjaya menundukkan pihak lawan dan sekaligus meraih gelaran juara.
.

Actoz Stars telah berjaya menangi 5 pusingan dari 12 pusingan yang dipertandingan. Jumlah kill dicatat juga adalah tinggi iaitu 70 pemain dalam 12 pusingan.
.

Tempat kedua pula diduki oleh wakil Korea Selatan iaitu OGN Entus Force dengan memenangi 2 pusingan dan berjaya membunuh 64 pemain dalam 12 pusingan. Tempat ketiga, diduki oleh wakil dari China, 17 gaming yang berhasil memenangi 1 pusingan dengan membunuh 64 pemain.
.

Tahniah diucapkan untuk para pemenang! Korang dapat lihat highlight penuh di Youtube

Comments (0)
Add Comment