Pemain Professional Esports CS:GO Malaysia Kantoi Menipu Dalam Perlawanan!

Baru semalam, kita baru sahaja dikhabarkan bahawa professional Esport CS:GO India “Ausragod” (nama samaran) telah kantoi menipu dalam acara pertandingan ESL Starter Cup.
.

Kali ini pula, kes pemain professional Malaysia. Kes ini merupakan kes yang agak panas dalam komuniti CS:GO Malaysia terutama dalam group Facebook CS:GO Malaysia. Salah seorang pemain professional CS:GO, Lloyd “So1r” Andrew telah didapati menggunakan cheat dalam matchmaking dengan menggunakan akaun Steam beliau.
.

Tindakan yang dilakukan So1r (menggunakan hack) telah mendapat respon dari VGTech dan Esports Malaysia(ESM). Masing-masing pihak berwajib telah mengeluarkan official statement berkenaan kes ini. Disebabkan ulah yang telah dilakukan oleh beliau, So1r telah di ban selama 2 tahun bagi pertandingan online dan 1 tahun bagi pertandingan offline.


.

Walaupun beliau tidak main cheat semasa pertandingan tetapi menipu tetap dikira menipu apatah lagi pemain tersebut membawa nama Esport Malaysia. Perilaku seperti menggunakan hack/cheat ini dapat memburukkan nama baik Esports Malaysia dan memberi pandangan serong terhadap intergriti pemain Malaysia yang lain.
.

So1r juga telah membuat kenyataan balas di status FBnya pada 8/1. Beliau memohon maaf dan mengakui kesalahan yang telah beliau lakukan. Boleh baca lebih lanjut disini.
.

Memandang So1r masih berusia remaja, kita harapkan beliau dapat merenung kembali kesalahan beliau, ambil ia sebagai ikhtibar dan terus maju kehadapan.

Comments (0)
Add Comment