Siapa yang tidak kenal dengan game Street Fighter. Bagi yang lahir 90an yang main game mesti pernah cuba main Street Fighter di arkade. Game ini mula diperkenalkan pada tahun 1987 yang diterbitkan oleh Capcom. Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, Street Fighter telah diadaptasi ke beberapa permainan konsol pada ketika itu seperti Amiga, Amstrad CPC, Commodore 64, ZX Spectrum, dan TurboGrafx-CD. Pada tahun 2009, konsol Wii juga membolehkan permainan ini.
Corak awal permainan Street fighter pada awalnya ialah satu lawan satu dengan charakter yang dikendalikan oleh komputer (single-player mode) atau boleh dimainkan dalam bentuk (versus mode). Setiap permainan ada 3 pusingan yang mengambil masa 30 saat. Pemain yang dapat menjatuhkan lawan dengan menghabiskan nyawa lawan lebih dahulu dinyatakan sebagai pemenang.
Ada beberapa character yang diperkenalkan seperti pertarung yang berasal dari Jepun bernama Ryu dan rakan seperguruannya bernama Ken. Kemudian character-character dari negara lain seperti China, Thailand dan Amerika Syarikat.
Game ini memang nostalgia pada zaman kita kanak-kanak dulu. Dari bermain di video game kemudian konsol kemudian mobile. Pada tahun ini yang bestnya, Street Fighter telah memperkenalkan corak terbaru permainan iaitu board game yang bertajuk Street Fighter: The Miniatures Game. Dijangka akan dilancarkan pada umum pada tahun hadapan.
Street Fighter: The Miniatures Game merupakan board game yang dibawakan oleh Jasco Games. Sebelumnya, Jasco games pernah merancang board game dari beberapa franchise terkenal seperti Buffy the Vampire Slayer, Cowboy Bebop, Mega Man, dan Dragonball Z.
Kini Jasco Games hadir dengan board game terbaru iaitu Street Fighter, diperkenalkan melalui Kickstarter. Pada ketika ini syarikat tersebut berada dalam fasa pengutipan dana yang akan berakhir pada 5 Mei 2018. Setakat ini, syarikat tersebut telah berjaya mengutip US$ 719.307 melebihi daripada bajet yang diperlukan.
Permainan board ini membolehkan permainan dimainkan dua hingga enam pemain. Pelbagai mode menarik yang diperkenalkan seperti Versus, Free for All, Team, dan Boss Mode. Terdapat 12 jenis miniature akan diperkenalkan bagi peringkat awal.
Boleh dapatkan info lebih lanjut di laman sesawang kickstarter.