Snapchat Menambah Ciri-Ciri Gaming Dalam Aplikasi Mereka?

Populariti Snapchat yang semakin suram kemdian ditambah pula dengan syarikat pesaing Instagram yang menambah feature video yang lebih panjang di IGTV membuatkan syarikat tersebut terus mencari jalan baru agar mereka dapat terus bersaig di dunia media sosial.

Berdasarkan maklumat terbaru, Snapchat kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menambah ciri-ciri game di aplikasi mobile.

Snapchat yang dikhabarkan sudah menjalin kerjasama bagi membuat platform gaming, namun setakat ini rincian tersebut masih belum dikeluarkan.

Melalui ciri-ciri penambahan game, mereka berharap agar pengguna akan lebih banyak meluangkan masa di aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, Snapchat bukanlah aplikasi sosial pertama yang menambahkan ciri-ciri game di dalam aplikasi kerana sebelum ini Facebook juga telah membuat perkara tersebut melalui Messenger.

Comments (0)
Add Comment