Pada minggu ini, Tencent dan PUBG Corp secara rasmi akan mengumumkan perayaan pertama PUBG Mobile di peringkat dunia. Game ini merupakan game yang berjaya dan dapat meraih populariti yang sangat tinggi. Ketika ini PUBG Mobile telah memiliki 30 juta pemain aktif setiap hari dan 200 juta kali game ini dimuat turun dalam jangka waktu dalam 1 tahun.
.
Sepanjang game ini berlangsung, PUBG Mobile telah melalui 5 musim. Terkini, musim ke-5 PUBG Mobile akan melabuhkan tirai tidak lama lagi dan musim ke-6 bakal menjelang. Musim ke-5 telah bermula pada 21 Januari dan akan habis pada 20 Mac mankala musim ke-6 PUBG dijangkakan akan tiba pada 21 Mac ini. Menariknya tentang musim baru ialah PUBG akan tawarkan pelbagai senjata baru, kenderaan dan lebih banyak penambahbaikan untuk meningkatkan mutu permainan.
Selamat datang di Royale Pass Musim ke-6 di PUBG Mobile. Ini adalah beberapa perkara yang sempat bocor di laman sesawang. Beberapa Youtuber seperti Mr. Ghost Gaming, SPD Gaming dll turut memberikan infomasi tambahan.
1. Kehadiran Senjata Baru – G36C
G36C merupakan senjata dalam kategori assault riffle yang menggunakan peluru 5.56. Tetapi kalau dilihat dari segi bentuk senjata ini, ia seperti UMP. Dikatakan G36C dapat meninggalkan kesan damage sama seperti M416 tetapi di bawah DP-28 dan AKM.
Senjata ini boleh dilengkapi beberapa attachment seperti senjata Assault Riffle yang lebih seperti dapat attach grip, muzzle, scope 6x dan magazine.
2. Kendaraan Tukshai di Sanhok dan Beberapa Kenderaan Lain.
Sebuah kenderaan seperti Tuk-Tuk yang beroda tiga. Hendak dikatakan baru, ia tidak baru sangat kerana kenderaan ini telah dihadirkan di PUBG PC-Steam.
Kenderaan lain seperti Dacia, bas, dan Jeep 4 tempat duduk juga akan dihadirkan.
3. Zombi Kena Nerf
Zombi dalam event mode telah dinerf dan zombi-zombi akan semakin lemah dari semasa ke semasa dalam permainan.
4. Skin “The Fool”
PUBG bukan saaja hadirkan skin baru seperti skin Mytic lho, The Fool dan dalam masa yang sama turut menambahkan achievement baru iaitu Jinxed.
5. Penambahan Matawang, Muzik dan Frame
Kalau korang rasa bosa dengan Avatar Frame, musim ke-6 ini akan ditambahkan lagi dengan frame terbaru dengan beberapa pilihan. Selain itu dikhabarkan akan dihadir matawang baru iaitu Gold Fragment. Setakat ini belum ada penjelesan tentang kegunaan matawang tersebut.
Muzik dalam kenderaan juga akan diubah malah lebih rancak.
Beberapa penambahan lain ialah
-Peta Erangel dan Miramar akan mendapatkan sistem perubahan cuaca yang dinamik.
– Beberapa bugs akan dibaiki seperti bug zombies dimana sebelum ini pergerakan zombi jadi terbatas.
– Pesanan pantas “I got supplies” kini pre-selected.
– Beberapa laporan ada melaporkan bahawa update terbaru ini akan membawakan sistem Prime dan Prime Plus membership. Namun masih samar-samar lagi info ini.
Bagaimana dengan pendapat korang, adakah tawaran musim ke-6 ini menarik atau hambar?