Salah satu pasukan E-Sports terkemuka Virtus.pro terpaksa mengambil keputusan dengan menamatkan salah satu divisyen mereka iaitu CS:GO. Berita ini agak mengejutkan kerana organisasi besar berasal Rusia merupakan salah satu pasukan tertua bagi kategori game CS:GO.
.
Menurut pihak pengurusan, langkah drastik tersebut diambil berikutan prestasi yang merundum dalam prestasi pertandingan lepas. Selepas kecundang dalam Faceit London Major pada bulan September, Virtus.pro hanya mampu mendapat tempat kelima dalam Blast Pro Series di Istanbul dan juga tidak layak dalam liga ESL Pro League pada musim hadapan. Prestasi terbaik yang pernah ditampilkan ialah apabila memperolehi tempat keempat dalam pertandingan PGL Major Krakow pada 2017 lalu.
.
Tambah pengurusan atasan Virtus.pro Roman Dvoryankin mengatakan bahawa perombakan senarai barisan pemain yang telah bertahan lebih dari 2013-2014 adalah merupakan strategi jangka panjang. Senarai pemain lama akan dibekukan sementara waktu dan akan digantikan dengan pasukan yang lebih berdaya saing bersama pemain-pemain muda.
.
Apa-apapun kita berharap Virtus.pro boleh kembali cemerlang pada masa akan datang.
.