Christian Pineda merupakan antara kanak-kanak luar biasa yang seumur dengannya. Pada umur awal 13 tahun, Christian telah menganjurkan sebuah acara liga Esports di New Yorks.
.
Sejak kecil Christian telah memainkan pelbagai video games tetapi game Minecraf adalah game yang paling disukainya dan paling dia mahir. Pada awalnya dia hanya bermain secara suka-suka, namun setelah minatnya diketahui oleh sang bapa maka dari situ munculnya idea untuk adakan sebuah acara pertandingan game Minecraft.
.
Kedua-dua anak beranak tersebut telah menganjurkan pertandingan Minecraft di sebuah panggung wayang. Pertandingan yang dianjurkan ini telah mendapat perhatian penggiat industri eSports dan akhirnya dijadikan bahagian daripada Little League.
.
Pertandingan ini melibatkan pemain-pemain yang berumur 13 tahun dan kebawah. Selain memberikan ruang untuk kanak-kanak menampilkan bakat-bakat mereka, ia juga menjadi ruang untuk kanak-kanak itu bersosial.
.
Menurut Frankie Capello, gamer yang berusia 11 tahun tersebut, ” dengan adanya pertandingan kecil seperti ini, setidak-tidaknya saya dapat bercakap dengan kenalan tentang game. Kami juga dapat sama-sama menimba pengalaman baru tentang dunia gaming.”
.
Walaupun dikatakan seorang kanak-kanak yang pemalu di sekolah, Christian Pineda kini pada berusia 13 tahun telah menjadi ketua pasukan eSports di New York.
.
Bagi admin pula, perkara seperti ini adalah perkara yang bagus untuk diterapkan di negara kita. Dengan wujudnya liga-liga game untuk kanak-kanak sama ada di peringkat komuniti atau di sekolah, ibu bapa tidaklah terlalu risau dengan anak-anak mereka yang asyik main game sahaja sampai tak mahu keluar bermain. Selain dengan mengawal, dengan adanya liga kecil, setidak-tidaknya anak-anak yang ketagihan dapat bersosial, dikembangkan bakat yang ada dan dipantau oleh orang dewasa.