OpenAI Sedia Untuk Menyahut Tentangan Pemain Dota2 Profesional Di The International 8

Pada tahun 2017, kita dapat melihat pertentangan sengit antara manusia dan AI dalam pertandingan Dota. Kemunculan bot OpenAI pada tahun lepas telah berjaya mengalahkan pemain Pro dalam pertandingan 1 VS 1.

Kini sekali lagi dapat menyaksiskan perlawanan tersebut berulang kembali dengan debut Open AI Five dalam acara The International 8 nanti.

The International merupakan pertandingan tahunan terbesar DotA 2 yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Acara ini pun menjadi acara wajib dinanti oleh gamer DotA 2 di seluruh dunia.

Perlawanan 2017 melibatkan pemain Pro, Danil/ Dendi Ishutin dari pasukan Na’Vi yang waktu itu gagal menewaskan bot AI pada acara perlawanan The International 7. Dalam acara itu, bot OpenAI mampu mengalahkan Dendi dengan menggunakan Shadow Fiend yang merupakan salah satu Hero kesuakaan Dendi.

Kehadiran AI dalam dunia game memang bukan hal yang baru dan telah melalui pelbagai perubahan. Namun, seiring berjalannya waktu, kepintaran AI semakin menghampiri kepintaran manusia.

Pada tahun ini, pasukan Open AI kembali membuat pasukan yang terdiri daripada 5 AI. Mereka telah melakukan penyelidikan selama 1 tahun dan mengembangkan sistem mereka dengan melakukan pertandingan dengan pasukan-pasukan Dota 2 serta melakukan pertandingan antara AI VS AI sehinggalah terhasil OpenAI Five.

Kini tinggal 1 bulan 2 minggu lagi sebelum acara The International 8 bermula. Namun dengan adanya Patch baru akan memberi sedikit hambatan kepada pada kedua-dua belah pihak kerana OpenAI Five dan para pemain Pro Dota 2 harus kembali beradaptasi pada perubahan tersebut. Siapakah yang dapat menukarkan hambatan itu kepada peluang? Kita tunggu dan lihat.

Comments (0)
Add Comment