Sejak akhir-akhir ini memang terdapat rumours yang mengatakan kehadiran hero baru untuk game Apex Legends. Dan semalam telah tersebar sebuah berita tentang hero terbaru yang diberi nama Octane.
Walaupun informasi ini belum disahkan oleh pihak Respawn, namun berita tentang hero Octane ini telah bocor di internet. Salah seorang yang membocorkan maklumat ini adalah Voeno. Menerusi postingnya di Reddit, Voeno telah menemukan fail hero Octane di “source code” Apex Legends.
Pada asalnya, ramai yang tidak mempercayainya. Namun setelah, beliau memuat naik gambar hero tersebut serta kebolehan yang dimiliki, menyebabkan ramai yang mula mempercayai bahawa hero ini akan menjadi hero baru di Apex Legends.
Octane atau juga dikenali sebagai “High Speed Daredevil. Hero ini dikatakan sesuai memegang peranan assasin dan long range.
Berikut adalah skill yang dimiliki hero Octane:
Passive – Swift Mend
Octane mempunyai self recovery dimana nyawa atau HP Octanne akan kembali recharge ketika tidak menerima damage dari musuh.
Tactical – Adrenaline Junkie
Berjalan lebih cepat 30% dari sebelumnya selama 8 saat, namun HP akan berkurang sebanyak 10%.
Ultimate – Launch Pad
Jump pad dapat digunakan untuk melemparkan seseorang ke ruang udara.
Berdasarkan maklumat tertentu, jika benar dikatakan hero ini berkemungkinan tidak akan dilancarkan pada bulan ini atau awal bulan April. Pada saat ini, Respawn sedang mengusahakan sistem battle pass untuk Apex Legends. Apapun kita tunggu pengesahan dari Respawn.