Valkia merupakan Overwatch streamer yang berjaya menempah nama di Twitch dan dunia gamers. Dia mula mencuba pada awal tahun 2015 dan kini telah berjaya mengumpul lebih 75,000 followers dengan stream game Overwatch.
Ini kami kongsikan Tips daripada Valkia sendiri tentang bagaimana menjadi seorang streamer yang berjaya.
” Anda tidak perlu menjadi yang terawal, yang anda hanya perlukan dedikasi, personaliti dan prihatin terhadap komuniti anda.” – Valkia.
1. Pilih Satu Game Yang Ingin Anda Tumpu (Specialise)
Berdasarkan pengalaman beliau, beliau telah cuba untuk stream game berbeza setiap minggu tetapi hasilnya ialah orang hanya datang dan pergi. Apabila anda tukar tajuk game, orang akan pergi menonton streamers lain.
Tetapi jika anda streamer yang pro seperti Lirik yang boleh main banyak game tetapi masih dapat mengekalkan audience maka hal itu tidak mengapa.
Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya kekal dengan game Overwatch sahaja, viewers saya meningkat 4x ganda kerana semua orang yang menonton saya setiap hari telah menjadi biasa dengan saya. Dalam masa yang sama walaupun mereka datang untuk Overwatch, mereka akan tetap menonton.
2. Mempunyai Pelan Kecemasan
Terdapat ramai streamer yang kecundang apabila game yang mereka main tidak mendapat pasaran.
Overwatch hanya berusia beberapa tahun, tetapi akhirnya apa yang saya akan lakukan ialah akan ada satu hari yang saya dedikasi untuk game selain Overwatch bagi setiap minggu. Saya akan atur mengikut trend, jika perlu saya akan tingkatkan kepada 2 hari game yang berbeza setiap minggu. Orang tidak suka perubahan mendadak. Apabila Overwatch sudah tidak mendapat permintaan, setidak-tidaknya orang boleh menyesuaikan dengan perubahan yang dilakukan secara berkala.
3. Dedikasi – Ia Memang Perlu Kerja Keras Tetapi Ia Menyeronokkan
Twitch adalah sangat muda berbanding dengan usia YouTube, dan apabila saya mula Twich telah berusia 4 tahun, saya memutuskan untuk meletakkan segala-galanya dalam usaha saya seolah-olah Twitch baru keluar.
Pada ketika saya menjadi seorang streamer kecil-kecilan, saya bekerja dari jam 8:30 hingga 5:30, saya akan pulang ke rumah dan mula stream pada jam 7 malam. Jadi saya ada sedikt waktu untuk berehat, di mana saya gunakannya untuk memperbaiki cara stream saya baik sama ada dari segi grafik, sembang atau sesuatu yang lain.
Sekarang, saya mula streaming pada pukul 3 petang, Isnin hingga Khamis. Jumaat dan Sabtu, saya melakukan streamer dengan tajaan Nvidia yang berlangsung dari pukul 11 pagi sehingga 2 petang. Saya juga stream pada hari Ahad.
Jika ada mood saya akan stream selama 10 jam. Biasanya secara purata saya hanya stream sekitar 5-8 jam sehari. Pada waktu pagi, saya biasanya membuat video YouTube.
4. Marketkan Stream Anda Di Mana Sahaja
Apabila anda memulakan saluran, anda mempunyai 0 pengikut begitu juga dengan saya. Saya mempunyai beberapa rakan, jadi saya meminta mereka untuk menonton dan ikut serta dalam saluran saya.
Pada masa awal-awal, sosial media adalah sangat penting. Saya ada juga guna beberapa kali Facebook adverts untuk stream saya. Tetapi akaun Discord yang paling banyak membantu saya.
Discord seperti forum, dan anda boleh mengumumkan kepada semua orang di server anda bahawa anda sedang live dan mereka boleh menyertai langsung.
Apabila Overwatch keluar, saya terus memulakan saluran YouTube dan itu salah satu faktor mendorong pertumbuhan kerja streamer saya. Saya juga menyiarkan di Reddit Overwatch.
5. Kenali Pengikut Sebagai Aset Untuk Membina Komuniti Anda
Apabila anda buat siaran langsung anda boleh membaca apa yang dikatakan oleh orang ramai, jadi pastikan anda memberi respons kepada komen dan soalan.
6. Dapatkan Peralatan Yang Baik
Anda perlukan komputer yang bagus untuk main game dengan smooth dan stream. Anda juga perlukan microphone yang baik, supaya orang dapat mendengar apa yang anda katakan begitu juga dengan webcam.
7. Bekerjasama
Bekerjasama adalah idea yang baik kerana anda boleh berkongsi komuniti – akhir sekali, setiap stream anda boleh menjadi tuan rumah antara satu sama lain sehingga selepas anda selesai, anda boleh memohon penonton anda ke streamer yang berbeza.
”Kerjasama adalah idea yang baik kerana anda boleh berkongsi komuniti.”