Jika kita memperkatakan tentang dunia konsol, Ini adalah 2 nama yang akan sering dikaitkan iaitu Playstation 4 dari Sony dan Xbox One dari Microsoft. Kedua-duanya telah meletakkan tanda aras dalam dunia game konsol dan memiliki pasaran yang besar. Selain 2 konsol ini, Nintendo juga merupakan antara industri yang sedang bergerak maju dan cuba menyaingi mereka.
.
Dalam masa yang sama, kita juga mungkin telah mendapat info bahawa industri gaming dunia kini sedang semakin berkembang dan konsol sedia ada sudah hampir sampai batas. Kebanyakkan game-game baru yang ingin dikeluarkan menuntut spesifikasi yang tinggi jika ingin mendapat kepuasan maksima. Perkara seperti telah menuntut pengeluar-pengeluar konsol untuk melakukan inovasi dan bersiap sedia untuk keluaran kosol generasi seterusnya. Dalam masa yang sama ia juga membuka gerbang kepada industri-industri game untuk mengeluarkan konsol mereka sendiri.
.
Slightly Mad Studios atau lebih dikenali dengan developer game Project Cars merupakan industri yang mengambil langkah berani dengan merencanakan pengeluaran konsol milik mereka sendiri. Konsol yang bakal dikeluarkan ini akan memiliki nama The Mad Box.
.
The Mad Box sebagaimana yang diklaim oleh CEO Slightly Mad Studios – Ian Bell bahawa ia meruapkan konsol yang paling power pernah dihasilkan. Konsol ini dapat mendukung game bersolusi 4k dan mampu memainkan game VR dengan framerate minimal iaitu pada 60fps hingga 120fps. Paling menarik, Mad Box dikatakan tidak akan ada game ekslusif dan boleh main semua keluaran game. Tidak sekadar itu, Ian Bell juga mengatakan Mad Box juga akan dijual pada harga yang berpatutan.
.
Konsol The Mad Box dijangka akan dikeluarkan di pasaran pada 2-3 tahun akan datang. Apakah The Mad Box dapat menggugat Sony, Microsoft, dan Nintendo?