Ini Jawapan Respawn Terhadap Permintaan Fungsi Reconnect Untuk Apex Legends

Apex Legends merupakan salah satu game yang kini menjadi salah satu fenomena besar dalam dunia gaming. Game itu dilancarkan dengan baik tanpa banyak rungutan tentang masalah teknikal. Berdasarkan data dari Superdata, Apex Legends telah mengaut keuntungan $92 Juta pada bulan Februari.

Walaubagaimanapun, game ini juga punya beberapa sisi kekurangan seperti dibanjiri banyak hackers dan masalah connectivity. Banyak pemain yang masih menghadapi masalah server menyebabkan mereka disconnect. Justeru, para pemain mengharpkan agar Respawn menghadirkan fungsi reconnect agar mereka dapat masuk kembali ke dalam permainan.

Namun menurut informasi terbaru, Respawn setakat ini belum mempunyai pelan untuk menghadirkan feature tersebut kerana dikhuatiri terdapat beberapa pihak yang salah guna fungsi tersebut seperti membuat disconnect palsu demi keuntungan peribadi.

Tambah Respawn, mereka memerlukan lebih banyak data, sumber dan masa agar sistem yang dibangunkan benar-benar matang. Pada ketika ini, tumpuan diberikan untuk meningkatkan kestabilan permainan.

Comments (0)
Add Comment