Instagram baru sahaja melancarkan sebuah aplikasi terbaru mereka yang diperkirakan dapat menjadi penanda bagi reformasi video yang berformat Vertikal iaitu aplikasi IGTV.
IGTV sebuah aplikasi baru yang bertujuan untuk menyajikan konten video dengan jatah waktu sehingga satu jam. Sebelum ini Instagram hanya boleh memuat naik video setakat 1 minit sahaja.
Pada kali ini, Moshed Gaming ingin berkongsikan kepada kenapa Gaming Streamer patut ikut serta menggunakan IGTV dan bagaimana ia dapat membantu anda menjadi seorang streamer yang lebih mendapat liputan. Aplikasi ini adalah game changer buat Streamer.
1. Membina Jenama Gamer Streamer Anda Dan Anda Sebagai Streamer
Konsepnya sama dengan Instagram Stories, video yang dimuat naik ke IGTV akan disajikan dalam format layar penuh dan vertikal. Yang penting ia adalah percuma.
Instagram merupakan jenama yang telah establish dan ramai yang menggunakannya. IGTV baru tidak sampai seminggu di Android sudah 500k muat turun. Hampir seharian pengguna melihat Instagram dan kini IGTV. Dengan peluang membuat konten selama 10 minit ke 1 jam, anda dapat memperbaharui bermacam-macam jenis konten dan mendapat liputan yang lebih luas terutama dari pengikut anda. Hal ini akan dapat membantu jenama anda dan menaikkan nilai sosial anda.
2. 78% daripada jumlah trafik mobile pada tahun 2021 adalah berbentuk konten yang bersifat bergerak/video.
Orang ramai akan lebih melanggan video untuk mendapatkan maklumat dan hiburan. Maka ini peluang anda sebagai seorang streamer gamer tidak stuck hanya streaming game. Anda boleh pelbagaikan jenis konten seperti Vlog, Maklumat Gaming dan dll.
3. TV Shows Anda Sendiri
Tentu ramai yang pernah mimpikan untuk ada TV Shows sendiri di siaran Televisyen seperti Oprah Winfrey. Dahulu mungkin itu angan-angan Mat Jening dan hampir semua orang melanggan televisyen traditional. Tetapi zaman sekarang dengan kehadiran IGTV ia memberi ruang kepada anda untuk membuat siaran TV anda sendiri dengan hanya menggunakan telefon pintar. Tambahan pula anda tidak perlu jadi selebriti untuk wujudkan channel. Semua orang boleh gunakan.
4. Rangkaian Lebih Luas
Aplikasi IGTV ditawarkan secara global di iOS dan Android. Anda bukan sahaja dapat mencapai sasaran market bersifat domestik tapi bahkan global. Selain itu, aplikasi ini juga mewujudkan medium interaksi dimana anda dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan follower anda.
5. Mendapat Tajaan dan Menghasilkan Wang.
IGTV memiliki potensi untuk melahirkan lebih banyak Startup baru. Banyak Startup akan cuba melakukan pembaikan dan menyelesaikan masalah IGTV di masa akan datang kerana ia ibarat Gold Rush. Selain itu syarikat-syarikat besar juga akan menggunakan platform ini kerana dilihat ia platform bagus untuk membangunkan jenama dan marketing. Syarikat-syarikat tersebut mungkin mendapatkan khidmat pembina konten untuk memasrkan produk mereka. Anda mungkin salah seorang.
Mulai sekarang streamer gaming boleh cuba untuk mempelbagaikan jenis konten dan menggunakan IGTV semampu mungkin kerana ia masih baru. Tidak lupa fakta lain ialah jika anda menyunting video anda di desktop, anda tidak perlu menghantarnya ke telefon anda untuk menerbitkannya di IGTV boleh terus dari Web.
“ Ini merupakan masa bagi industri video bergerak lebih kehadapan dan berevolusi,” kata pengurus Instagram Kevin Systrom.