Pada umumnya, keutamaan Huawei dalam merangka strategi telefon pintar adalah dengan menumpukan pada AI dan Kamera. Namun dalam temuduga baru-baru ini, Presiden Huawei Consumer Business, Jim Xu telah menyatakan bahawa syarikat Huawei akan melancarkan telefon pintar gaming pada tahun ini. Ini merupakan satu berita baik buat para penggemar game mobile.
Walaubagaimanapun belum ada rincian adakah telefon yang bakal dikeluarkan ini akan menyaingi ASUS ROG atau telefon pintar Razer. Namun dapat dipastikan bahawa telefon pintar tersebut akan dilengkapi teknologi GPU Turbo milik Huawei.
GPU Turbo merupakan teknologi baru yang dikembangkan Huawei. Ia dikatakan mampu meningkatkan prestasi sehingga 60 peratus.
Teknologi ini baru akan dilancarkan pada Ogos 2018. Bagi mendapatkannya, pengguna telefon pintar Huawei harus melakukan pembaharuan perisian.
Telefon pintar gaming tersebut dijangka keluar pada separuh masa tahun ini dan ia dapat memberi saingan sengit dalam industri telefon pintar gaming.