Baru-baru ini dunia telah dikejutkan dengan insiden keganasan yang berlaku di Christchurch,New Zealand. Insiden ini telah memberikan kesan yang begitu mendalam terutamanya kepada semua umat Islam. Kejadian tersebut telah mengorbankan seramai 50 umat islam yang sedang menunaikan solat Jumaat.
Susulan insiden tersebut, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa kerajaan mengharamkan game online PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kerana game tersebut dapat membawa generasi muda ke arah aktiviti keganasan dan dapat menghilangkan perasaan belas kasihan.
Walaubagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah tampil membeli ulasan dan memperjelaskan mengenai isu tersebut. Menurut Syed Saddiq video game tidak patut dipersalahkan dan dikatikan dengan unsur keganasan seperti yang berlaku pada baru-baru ini di Christchurch,New Zealand.
Tambah beliau, sebelum muncul game PUBG atau mana-mana game yang berunsur tembak menembak, keganasan tetap berlaku. Maka kita harus melihat perkara ini pada skop yang lebih besar dan tidak membuat penilaian terburu-buru.
Untuk makluman korang, di salah satu negeri di India, Gujerat merupakan negeri dalam India yang telah mengeluarkan peraturan yang mengharamkan permainan PUBG itu dengan alasan game tersebut lebih menghasilkan kesan negatif berbanding positif. Polisi tersebut telah diterapkan di negeri tersebut sejak 2 minggu yang lalu.
Perbahasan tentang keganasan dan video games bukanlah satu topik yang baru,ia telah dibahaskan sejak 1 dekad yang dalam kalangan komuniti gamers dan pengkaji. Apapun buat gamer-gamers diharapkan tidak berlebihan dalam permainan video dan seimbangkan dengan kehidupan seharian.