PUBG hadir dengan corak permainan yang baru dan kami percaya ramai gamers akan suka dengan penambahan baru yang dibuat di PUBG mobile.
Apa yang best dalam penambahan dalam PUBG mobile adalah pemain dapat bermain game ini dalam waktu yang singkat berbanding sebelumnya . Lightspeed & Quantum Studio menghadirkan Arcade Mode PUBG Mobile bagi mengatasi masalah battery telefon pintar kerana kebanyakkan telefon pintar tidak dapat menanggungkan permainan yang lama.
Perbezaan arcade mode ialah pertama masa yang diambil aalah lebih singkat dan cepat. Secara purata masa yang diambil dalam satu permainan adalah sebanyak 10-15 minit. Jika versi permainan klasik jumlah pemain ialah sebanyak 99 player tetapi di arcade mode hanya 28 pemain sahaja. Disebabkan hanya memuatkan 28 pemain, luas kawasan permainan juga sedikit lebih sempit hanya dalam 1km sahaja. Jika dalam classic mode, luas map adalah 8km x 8km.
Kita juga terpaksa adaptasi permainan kita, kalau kita tidak bergerak dalam area permainan, kita akan terkena zone of death. Pergerakan death zone lebih cepat dan ditambah dengan damage yang lebih besar dari biasanya.
Buat masa ini, arcade mode tidak terbuka untuk semua pemain PUBG Mobile, hanya orang tertentu sahaja.
Kami sangat sarankan mode ini kepada mereka yang ingin cepatkan habiskan permainan. Selain itu, korang boleh jadikan mode ini sebagaimana training mode kerana data statistik korang tidak akan dicatat.