Pada hari ini, pembina game Fornite iaitu Epic baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan $100 juta/ hampir RM 400 juta sebagai dana untuk hadiah-hadiah pertandingan game tersebut bagi musim 2018-2019.
Dalam laman sesawang epicgames, Epic mengatakan bahawa mereka mahu permainan Fornite lebih inklusif dan menumpukan pada keseronakan bermain dan menonton game tersebut.
”Kita sedikit terkebelakang dalam permainan kompetitif, tetapi kita akan tangani hal ini dengan cara yang berbeza,” kata Epic. Jadi ” kami merancang untuk menjadi lebih inklusif iaitu merangkumi semua aspek dan fokus pada keseronokan permainan dan menonton game tersebut”.
Rincian tentang struktur pertandingan dan platform permainan akan diumumkan nanti. Team Moshed akan cuba untk hadirkan maklumat terkini tersebut.
Apa yang dilakukan oleh Epic ini sesuatu yang sangat besar, hadiah yang bernilai $100 juta ini lebih 2x ganda daripada jumlah hadiah wang yang ditawarkan sepanjang pertandingan Valve Dota 2 pada tahun 2017 iaitu sebanyak $38 juta.
Salah satu laporan melaporkan bahawa Valve menawarkan hadiah yang paling besar dalam sejarah game yang berjumlah hampir $25 juta bagi satu acara.
Fornite berjaya mengutip hasil lebih $1 juta setiap hari hanya melalui telefon pintar iOS. Berdasarkan SensorTower, Epic membuat duit lebih banyak daripada konsol dan edisi PC. Game tersebut memang percuma, tetapi pemain boleh memberlanjakan wang untuk kosmetik game. Dimana kosmetik tersebut tidak mempengaruhi corak permainan.
Pada acara E3, Epic akan menampil pertandingan Fornite dalam kalangan artis. Maklumat tambahan lain, Epic akan menambah jetpacks dalam update.
Jadi ini peluang untuk anda bagi membuat persiapan sebelum pertandingan.