Dalam Masa 1 Minggu – Game Generation Zero Bakal Menemui Anda!

Avalanche Studios merupakan salah satu developer yang terkenal. Antara game yang dihasilkan ialah Just Cause, Mad Max dan lain-lain lagi. Tahun ini terdapat 2 game hasil garapan Avalanche Studios yang bakal menemui anda iaitu Rage 2 dan Generation Zero.

Generation Zero merupakan game survival single player dan multiplayer co-op empat orang yang mirip seperti Left 4. Game ini akan berlatarkan tempat di Sweden pada tahun 1980an.

Generation Zero ini memakai konsep yang hampir sama dengan Left 4 Dead . Bagi korang yang minat Left 4 Dead tentu tak akan menyesal mencuba game ini nanti. Cuma game ini korang tidak akan berhadapan dengan zombi tetapi korang akan berhadapan dengan robot gila.

Anda akan berperanan sebagai tokoh utama yang sedang cuba membongkar misteri di sebalik kehilangan para penduduk. Penduduk setempat telah kehilangan dan dalam masa yang sama robot-robot gila mula berkeliaran.

Pemain juga boleh bermain bersama dengan 3 rakan yang lain bagi menjawab tantangan untuk melawan robot gila dan memecahkan pelbagai misteri. Game ini dimplementasikan secara open world dan akan memakai setting sebuah desa di Sweden era 80an.

Di dalam game ini, pemain dikhendaki mengatur strategi dan boleh mengabungkan senjata dan perlengkapan yang ada bagi bertahan dalam kehidupan.

Berikut adalah spesifikasi game Generation Zero :

Minimum:

Requires a 64-bit processor and operating system
OS: 64bit OS – Windows 7 with Service Pack 1
Processor: Intel i5 Quad Core
Memory: 8 GB RAM
Graphics: nVidia GTX 660 / ATI HD7870 – 2GB VRAM / Intel® Iris™ Pro Graphics 580
Storage: 35 GB available space
Recommended:

Requires a 64-bit processor and operating system
OS: 64bit OS – Windows 10
Processor: Intel i7 Quad Core
Memory: 16 GB RAM
Graphics: nVidia GTX 960 / R9 280 – 4GB VRAM
Storage: 35 GB available space

Generation Zero akan dilancarkan pada 26 Mac akan datang untuk platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One. Berikut adalah trailer terbaru Generation Zero.

 

Comments (0)
Add Comment