Baru 1 Hari, Game Battle Royale Ini Telah Dimuat Turun Melebihi 2 Juta Orang!

Sejak dilancarkan semalam, game ini menjadi hype dan popular dalam kalngan gamer. Ramai yang ambil kesempatan untuk mencuba game battle royale ini. Apatah lagi game ini adalah percuma dan ia dibangunkan oleh developers Titanfall.

Apex Legends dikatakan akan menjadi pencabar utama bagi game Fortnite dan PUBG. Menurut CEO dari Respawn Entertainment, Vince Zampella, dalam tempoh 8 jam, telah melebihi 1 juta pemain. Dan sumber terkini, jumlah pemain telah mencapai 2.5 juta, dalam masa 1 hari.

Selain dari jumlah pemain yang banyak, game itu juga berjaya mendapat perhatian para viewer di Twith. Angka penonton melebihi 405 ribu orang. Game ini juga telah dicuba oleh streamer terkenal seperti Michael “Shroud” Grzesiek dan Guy “DrDisrespect” Beahm.

Sedikit tentang Apex Legends, game ini bukan sahaja melibatkan aksi tembak menembak tetapi juga memasukkan elemen close combat yang lebih padu. Ia juga menawarkan berbagai karakter/hero sehingga ia bertambah menarik.

Setiap karakter memiliki kelebihan khusus dan kemampuan tersendiri yang dapat menjadi keunikan setiap karakter. Jadi game ini bukan hanya sekadar senjata.

Korang yang berminat untuk mencuba game battle royale yang baru ini, korang dapat memainkannya di PC melalui website Origin, PlayStation 4, atau Xbox One.

Bagi spesifikasi PC minimum;

OS: 64-bit Windows 7
Processor (AMD): AMD FX 4350 or Equivalent
Processor (Intel): Intel Core i3 6300 or Equivalent
Memory: 6GB – DDR3 @1333 RAM
Graphics card (AMD): AMD Radeon™ HD 7730
Graphics card (NVIDIA): NVIDIA GeForce® GT 640
DirectX: 11 Compatible video card or equivalent
Online Connection Requirements: 512 KBPS or faster Internet connection
Hard-drive space: 22GB

 

Comments (0)
Add Comment