Pada 29-30 September yang lepas, Kenterian Pendidikan Malaysia bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menganjurkan #mydigitalmaker Fair 2018. Acara ini berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
.
MyDigitalMaker Fair merupakan sebuah acara yang diadakan setiap tahun bagi tujuan memastikan Malaysia kekal berdaya saing di arena tempatan dan global, serta melengkapkan generasi muda dengan kemahiran digital supaya mereka bersedia untuk masa depan.
.
Sebenarnya pada tahun ini merupakan kali kedua MyDigitalMaker Fair berlangsung. Yang menariknya pada tahun ini, My Game On (MGO) selaku penggiat industri Esport dan Gaming telah anjurkan sebuah program santai iaitu lepak sembang-sembang gaming dan streaming.
.
Nurul Farhanah Mohamad atau lebih dikenali sebagai Hana Wispie yang merupakan salah seorang streamer dari Moshed Gaming telah dijemput MGO untuk berkongsi tentang kerjaya sebagai seorang streamer.
.
Disini kami kongsikan sembang santai pihak MGO dengan Hana Wispie tentang dunia streamer wanita.
MGO: Bagaimana Hana boleh terlibat dalam dunia games dan game apakah yang Hana paling mahir?
Hana Wispie: Hana mula main games sejak kecil lagi sebagai suka-suka, kemudian main game online ketika tingkatan dua. Game yang Hana paling mahir antara game yang Hana main ialah PUBG, CSGO dan Dota 2.
MGO: Apa pendapat Hana tentang Esport di Malaysia?
Hana Wispie: Bagi pendapat saya, perkembangan dunia Esport di Malaysia semakin bertambah baik dari tahun ke tahun. Kita dapat lihat semakin banyak acara dan pertandingan Esport dianjurkan. Fasiliti yang disediakan juga semakin bertambah baik. Kerajaan juga beri sokongan terhadap perkembangan Esport. Bagi Hana semua ini menunjukkan industri Esport semakin berkembang.
MGO: Hana pernah tidak terlibat dengan mana-mana pertandingan?
Hana Wispie : Sebelum ini, Hana pernah terlibat dalam pertandingan CS:GO dengan menyertai FEAR (Female Esports Asia Roundup)
MGO: Hana sebagai seorang girl streamer, apa pendapat Hana tentang girl streamer di Malaysia ini?
Hana Wispie: Bagi Hana sebagai seorang streamer perempuan juga, girl streamer kena ambil peluang ikut serta dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan. Setidak-tidaknya kita dapat buktikan kepada orang di luar sana bahawa perempuan juga dapat main game.
MGO: Pernah tak Hana kena kecam dan bagaimana Hana tanggani perkara tersebut?
Hana Wispie: Sebenarnya boleh dikatakan hampir setiap kali saya stream, mesti ada yang mengecam, kenapa asyik main game, tak memasak ke? Kadang-kadang adalah juga down, tetapi apapun kita kena kuat dan jalan terus.
MGO: Hana pernah sangka tak jadikan streamer sebagai kerjaya?
Hana Wisipie: Sebelum ini Hana hanya stream secara main-main, sehinggalah Moshed Gaming berikan Hana ruang untuk stream. Mulai dari situ, hana mula stream secara konsisten dan hasilkan konten untuk Moshed Gaming. Untuk pengetahuan , Moshed Gaming merupakan salah satu syarikat media yang menghasilkan konten untuk gaming dan esports.
Jom ikut pautan penuh wawancara antara My Game On dengan Hana Wispie di
wawancara MGO.