Streamer Popular Dr. Disrespect Diancam Dengan Tembakan Pistol

Baru-baru ini seorang streamer game popular yang dikenali dengan nama Dr. Disrespect atau nama sebenarnya Guy Beahm terpaksa menghentikan streaming gamenya berikutan kejadian yang tidak menyenangkan berlaku.

Dr. Disrespect yang sedang memainkan Call of Duty: Black Ops 4 terpaksa menghentikan permainan kerana terdengar bunyi tembakan senjata diluar rumahnya. Beliau langsung bergegas keluar meniggalkan wig dan cermin mata khasnya untuk melihat apa yang berlaku. Lantas memaklumkan penonton bahawa rumahnya baru sahaja menjadi sasaran tembakan.

Kejadian ini merupakan kali kedua yang dihadapi Dr. Disrespect. Bunyi tembakan tersebut turut didengari oleh penduduk setempat. Walaubagaimanapun, mujur tiada siapa yang cedera termasuk ahli keluarganya. Dr. Disrespect memaklumkan bahawa siaran streamnya akan diundurkan sehingga besok.

Dunia Streamer
Comments (0)
Add Comment