6 Perkara Streamer Baru Perlu Take Note Jika Ingin Berkecimpung Dalam Bidang Ini

Sejak akhir-akhir ini, industri e-sport semakin mendapat perhatian ramai termasuk golongan awam. Banyak faktor-faktor yang telah menyumbang kepada perkara tersebut. Antaranya ialah dukungan daripada kerajaan sendiri untuk memajukan dunia e-sports.
.

Hal ini menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk mencuba masuk ke dunia e-sports dan gaming. Kalau dahulu, kebanyakkan orang hanya menganggap gaming sebagai satu hobi dan bermain hanya untuk mengisi masa lapang. Tetapi sejak beberapa tahun ini perspektif orang mula berubah, terutamanya pada tahun ini dengan dukungan kerajaan baru, orang ramai mula melihat bermain game dapat dijadikan satu kerjaya. Bermain game dapat menghasilkan wang.
.

Tidak hairanlah mengapa semakin banyak streamer-streamer baru muncul. Berikut Team Moshed Gaming ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu korang take note jika ingin masuk dalam dunia streaming.

1. Spec Pc dan Jaringan internet.

Korang perlu PC yang mempunyai spec yang mampan yang dapat mendukung game yang ingin korang mainkan. Jaringan internet juga penting untuk livestream, pastikan jangan terlalu perlahan. Nanti tengah elok-elok stream, terputus pulak.

2. Interaksi Dengan Penonton

Kalau korang tonton streamer yang otai-otai, korang pasti dapat lihat reaksi mereka dengan penonton. Walaupun sekecil-kecil soalan, korang kena respon/beri reaksi.

3. Cipta Komuniti

Perkara ini penting untuk korang terus motivate. Selain itu dengan adanya komuniti, korang mudah untuk dapat pengikut yang setia, yang akan terus memberi sokongan. Korang boleh gunakan Discord untuk adakan interaksi dengan komuniti.

4. Bina Hubungan Dengan Streamer Lain 

Ini kalau korang dapat buat memang terbaik. Bina hubungan dengan streamers lain. Selain dapat meningkatkan vibe korang, ia juga dapat jadi sebagai bentuk pemasaran.

5. Buat Giveaway

Ada rezeki lebih, berilah hadiah kepada viewers. Selain sebagai bentuk penghargaan kepada penonton, ia juga dapat meningkatkan lagi viewers korang. Tetapi kena bajet timing untuk beri giveaway dan beberapa kekerapan untuk beri. Tergantung pada individu.

6. Konsisten

Macam bisnes, stream ini memang ambil masa untuk, orang kenal korang. Kena konsisten baru orang dapat kenal. Buat jadual 3x seminggu ke, setiap hari ke. Tergantung bagaimana korang nak susun. Yang penting ikut jadual dan konsisten.

Bonus
Follow Moshed Gaming untuk korang update tentang berita-berita game, tips untuk streamer, perkembangan dunia esports, game terbaru dan sebagainya. Maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu korang jana idea untuk bina konten.

Ok setakat itu dulu. Apapun jangan abaikan kehidupan sebenar. Stay Healthy

Comments (0)
Add Comment