Zhask Item Build – Nightmaric Spawn Yang Memberikan Kerosakan Tinggi
Daddy nak share item yang korang tak dapat cari dekat dalam Hot Builds ataupun Pro Builds. Item-item pilihan Daddy kali ini adalah item yang dapat memberikan buff jugak kepada turret ataupon anak yang Zhask pacak tu. Turret tu akan attack lebih laju dan memberikan damage yang lebih banyak. Untuk Zhask ni tak banyak yang perlu Daddy huraikan sebab tactical dia tak banyak, ia lebih kepada berlawan di belakang Nightmaric Spawn.
Tips:
+ Korang kena tau bila guna Zhask ni bukan korang yang fight, apa korang perlu buat ialah pacak turret korang dan tengok ja dia fight untuk korang, korang just tunggu belakang je. Itu dia tips pertama untuk membuat korang tak banyak mati dalam game.
+ Apabila korang menggunakan Zhask ini bermaksud item build korang tu adalah juga untuk menguatkan turret korang.
+ Korang kena sentiasa berada di belakang turret korang dan curi-curi attack dan gunakan skill.
+ Skill #2 juga akan dapat digunakan oleh turret.
+ Jangan sekali-kali solo untuk kill kerana Zhask adalah mage dan sangat lemah. Tugas Zhask lebih kepada push dan defend.
Item Build:
- Swift Boots (cost 710)
+15% Attack Speed, +40 Movement Speed
- Bloodlust Axe (cost 1970)
+70 Physical Attack, +10% Cooldown Reduction
Memberikan 20% Spell Vamp.
- Feather of Heaven (Cost 2230)
+65 Magic Power, +30% Attack Speed
Basic attack akan memberikan 40% daripada kuasa serangan sebagai tambahan magic damage dan menambahkan kesan Spell Vamp sebanyak 8%.
- Thunder Belt (Cost 2290)
+25 Magic Power, +800 HP, + 400 Mana, +40 Armor, + 15 HP Regen
Selepas menggunakan skill, basic attack seterusnya akan memberikan 40% daripada physical attack tambahan sebagai true damage, dan memperlahankan target dan musuh di sekelilingnya selama 1.5s. Kesan ini digunakan setiap 1.5s.
- Blade Armor (Cost 1660)
+90 Armor
Membalikkan 25% physical attack musuh kepada diri sendiri.
- Athena’s Shield (Cost 2050)
+900 HP, +56 Magic Resistance, +20 HP Regen
Mendapat shield yang menyerap damage setiap 30s. Kadar serapan damage bertambah sepanjang perlawanan sehingga maksimum 1150.
Battle Spell:
Flicker – Zhask tiada apa-apa kebolehan untuk lari dari musuh apabila semua item build dalam tips kali ini juga tiada pilihan untuk boots. Flicker adalah satu cara untuk Zhask lari dari musuh.
Keterangan skill:
Decimation (Passive) – Semasa terbunuh, Zhask mengarahkan Nightmaric Spawn untuk meletupkan diri sendiri, memberikan 500(+100% jumlah Magic Power) true damage. Zhask mempunyai satu sahaja perminataan ketika terbunuh iaitu: Musnahkan segalanya.
Nightmaric Spawn Summon (Mana cost: 100) – Memanggil Nightmaric Spawn dalam bentuk fizikal untuk bersama melawan musuh. Setiap 2 kali melancarkan serangan ia akan membuat tembakan laser dan stun target. Stats nya akan bertambah mengikut level skill.
Mind Eater AoE (Mana cost: 50) – Membuat tembakan tembusan mental, semua musuh di dalam laluan akan menerima 400(+210% jumlah Magic Power) magic damage. Nightmaric Spawn juga akan melancarkan serangan yang sama.
Hive Clones CC AoE (Mana cost: 60) – Zhask melepaskan nightmaric clones yang akan meletup apabila terkena musuh memberikan magic damage sebanyak 140(+50% jumlah Magic Power) dan memperlahankan musuh sebanyak 80% selama 30s. Jika tidak terkena musuh ia akan masuk ke dalam tanah dan menyerang musuh yang melintas.
Dominator’s Descent BUFF (Mana cost: 200) – Menambahkan kuasa dan attributes dengan ketara kepada Nightmaric Spawn. Stats penambahan bertambah mengikut level.