WHO Sifatkan Ketagihan Game Sebagai Salah Satu Penyakit Mental

0 1,104

Setelah mempertimbangkan banyak perkara, sebuah Organisasi Kesihatan Dunia ( WHO) secara rasmi menetapkan ketagihan game sebagai penyakit gangguan mental.

Menurut pengurus Jabatan Kesihatan Mental, Dr Shekhar Saxena mengatakan bahawa ”gaming disorder” didaftarkan seabgai masalah mental baru berdasarkan bukti ilmiah. Pada hari Isnin ketagihan game telah di tambah dalam senarai International Statistical Classification of Diseases (ICD).

ICD merupakan sistem yang memiliki senarai penyakit akibat gejala, tanda, dan penyebab yang dikeluarkan WHO. Ketagihan game dimasukkan dalam senarai penyakit disebabkan kebiasaan atau ketagihan.

Menurut Dr Shekhar Saxena, terdapat kajian kes dimana gamer bermain sehingga 20 jam sehari yang menyebabkan gamer meninggalkan waktu tidur, makan, bekerja atau sekolah dan kegiatan-kegiatan harian yang lain.

Walaubagaimanpun, bukan semua orang dikategori dalam penyakit ini, hanya mereka yang kecanduan atau ketagihan game sahaja. Itupun jika memenuhi 3 faktor dasar untuk mengetahui adakah dia ketagihan atau tidak.

Pertama, seseorang itu tidak dapat mengendalikan kebiasaan bermain game. Kedua, seseorang itu mengutamakan kegiatan bermain game atas kegiatan lain. Ketiga, seseorang tersebut terus bermain game walaupun terdapat akibat negatif yang jelas terlihat. WHO mengatakan, ketiga hal ini harus terjadi atau terlihat selama satu tahun sebelum diagnosis dibuat.

Dr. Mark Griffiths, yang meneliti konsep gangguan permainan video selama 30 tahun mengatakan bahawa klasifikasi baru WHO ini akan membantu melegitimasi masalah dan meningkatkan penawaran strategi pengubatan.

Tambah Griffiths, jika bermain games tidak lebih sekadar hiburan adalah tidak bermasalah.

Sebagaimana dikatakan oleh WHO, bermain game hanya disebut sebagai gangguan mental apabila permainan itu sudah mengganggu atau merosak kehidupan peribadi sesorang, keluarga, sosial, pekerjaan, dan pendidikan.

Justeru ibu bapa diharapkan memantau dan membatasi anak dalam bermain video game ataupun permainan digital lain.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.