Update PUBGM 0.11.0 Akan Membolehkan Korang Dapat UC Secara Percuma!
Ramai dalam kalangan pemain PUBG Mobile yang tidak sabar dan tertunggu-tunggu untuk mainkan mode zombie. Beberapa laporan juga telah melaporkan bahawa mode tersebut akan hadir dalam versi stabil update 0.11.0 dan ada juga pada mengatakan pada update seterusnya.
Dalam masa yang sama, yang menarik update 0.11.0 tersebut akan membawakan Bonus Challenge dalam permainan, dimana para pemain boleh menukarkan Battle Coins (BC) kepada Unknown Cash (UC).
Dengan adanya UC korang boleh dapatkan pelbagai skin menarik untuk outfit dan senjata korang. Bonus Challenge ini adalah hampir sama dengan PUBG Mobile Crew Challenge yang telah diperkenalkan sebelum ini.
Secara asas, korang kena memerlukan Bonus Challenge Voucher atau UC dan korang harus memilih peringkat mana dalam permainan SOLO. Ada 3 peringkat iaitu Novice, Adept dan Expert. Setiap kill yang korang dapatkan akan dihadiahkan points dan points tersebut boleh ditukarkan kepada UC packs atau item kosmetik.
Berdasarkan maklumat, setiap kill dalam peringkat Novice akan membolehkan korang dapat 15 point. Manakala peringkat Adept adalah 30 point dan di peringkat Expert adalah 45 point.
PUBG Mobile Bonus Challenge akan tersedia di Android, iOS, dan PC emulator dan terbatas setakat 60 pemain bagi setiap match.