Top 5 Games Battle Royale Selain PUBG Yang Wajib Anda Cuba Pada Tahun 2018

0 1,128

Tahun 2018 kita akan menyaksikan pelbagai game genre battle royale akan dilancarkan di PC terutamanya dan juga di platform lain. Kemarakan trend battle royale yang dipelopori oleh PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan Fortnite: Battle Royale telah mengundang banyak pesaing.

Entry ini, admin akan kongsikan 5 game battle royale utama yang patut korang pertimbangkan pada tahun 2018. Bermula daripada tangga ke 5 sehingga tangga ke-1 iaitu ;

5. Islands of Nyne

Konsep battle royale kebiasaanya sama sahaja iaitu pemain akan berentap satu sama lain dan terakhir yang berjaya untuk bertahan akan merebut gelaran juara. Begitu juga dengan Islands of Nyne. Ramai yang beranggapan game ini seperti PUBG tetapi tidak keseluruhannya, game ini berkonsepkan sci-fi iaitu pentempuran antara alien.

 

Pemain akan diletakkan secara random di dalam peta dan akan berentap dengan 100 pemain lain. Corak permainan juga sama, setelah mendarat, pemain dikhendaki mencari barangan dan berentap.

4. Egress

Di Egress, para pemain akan meneroka bandar yang ditetapkan dalam dunia alternatif yang menggabungkan era zaman Victoria England dengan elemen seram Lovecraftian dan estetika yang diilhami tahun 80an.

Seperti permainan pertempuran battle royale lain, pemain ditugaskan untuk meneroka dunia permainan dan memastikan bahawa mereka adalah pemain terakhir.

Egress memiliki beberapa heroes dan setiap heroes memiliki keunikan tertentu dalam serangan dan kekuatan. Ia menggabungkan konsep PUBG dan Dark Souls. Justeru ia hadir degnan idea tersendiri.

3. Dying light – bad blood

Game ini adalah untuk mereka yang tidak suka menunggu. Ia memakai konsep zombie. Ia ibarat dunia post-PUBG dan post-Fortnite .

Ia tidaklah bergenre battle royale sepenuhnya kerana hanya 6 pemain dalam perlawanan Bad Blood.

Kesemua enam pemain akan dilepaskan ke kota Harran yang penuh dengan zombie Dying Light tanpa senjata, tanpa barang dan tanpa alat pembelaan diri. Momen pertama ini adalah perebutan, merebut peralatan dan perubatan.

Kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis zombie yang standard dan istimewa, masing-masing menawarkan sampel darah yang berbeza yang perlu dikumpul untuk merebut kemenangan.

2. Mavericks: Proving Grounds


Projek X, developer Automaton bercita-cita tinggi berhasrat untuk membuat mod PvP gaya battle royale yang melibatkan pertempuran 400 orang.

400 pemain akan bersaing dalam lingkungan peta 12km persegi, ” hidup dan terus bernafas” atau mati. Dengan trek yang berlumpur, hidupan liar yang aktif, api dan air dan alam sekitar lain pemain akan berentap.

Game ini dijangka akan keluar pada hujung tahun ini.

1. Call of Duty: Black Ops 4

Call of Duty: Black Ops 4 juga akan menambah mode battle royal dalam permainan mereka. Pada 3 Jun 2018, mereka telah melakukan uji cuba dengan peta yang berkeluasan 12km.

Maklumat rasmi akan diumumkan dalam acara E3 nanti.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.