Tips 3 PUBG Mobile: Cara Nak Dapatkan Title ‘SHARPSHOOTER’ Dalam Waktu Yang Singkat!

0 7,920

Semalam admin sudah kongsikan tentang cara-cara untuk korang dapatkan title Weapon Master dengan lakukan 3 langkah mudah. Untuk kali ini, admin nak share tentang cara-cara korang nak dapatkan Title Sharpshooter dalam PUBG Mobile. Korang kena ingat title ini lebih susah untuk didapatkan berbanding title Weapon Master.
.

Sebelum itu, mungkin korang ada tertanya-tanya pentingkah title ini dalam game? Adakah ia akan beri kesan dalam gameplay kita?
.

Adakah ia beri kesan dalam gameplay? Jawapannya tidak. Soal kepentingan title pula tergantung pada individu. Tetapi dengan adanya title korang akan nampak lebih cool dan unik berbanding dengan orang lain. Dalam masa yang sama, persepsi player-player lain jugak akan lebih respect korang dan hargai korang. Tetapi tak semestinya ada title itu lebih power dari tiada title. Cuma title ini dapat beri persepsi berbeza untuk sesetengah orang.
.

Ok, Tips nak dapatkan Title Sharpshooter PUBGM.

1) Melepasi syarat-syarat yang ditetapkan

Korang mesti memiliki rank PLATINIUM dan keatas. Selain itu korang kena ingat untuk dapatkan title ini korang kena bunuh 3 MUSUH dalam mode SOLO dengan SATU TEMBAKAN/HEADSHOT secara BERURUTAN dalam jarak 50 meter. Maksudnya sekali korang tembak terus dead (keluar asap hijau).

Tips praktikal;

2) Gunakan Sniper

Boleh sahaja untuk gunakan assault rifle(AR) tetapi susah untuk korang dapatkan headshot dengan sekali temabakan. Tetapi kalau korang nak gunakan AR, pastikan gunakan mode single dan boleh kawal recoil.

Cara paling mudah ialah gunakan sniper rifle. Bila terjun tu terus cari sniper rifle seperti SKS/MINI/SLR/QBU, paling cantik dapat guna KAR/AVM. Tetapi mungkin susah korang nak bidik nanti, jadi lengkapkan dengan scope/sight sebaik-baiknya.

3) Jadilah Orang Yang Terakhir Terjun

Hal yang sama yang admin kongsikan dalam cara nak dapatkan Title WEAPON MASTER. Sebenarnya tiada masalah untuk terjun awal, sebaiknya-baiknya cari tempat yang senang korang nak loot sniper. Better pilih Erangel/Miramar untuk main. Kalau Erangel boleh pilih Georgopol/Military. Dapat sniper + scope terus cari tempat tinggi atau mudah untuk bidik. Tapi kena ingat headshot dan berturutan 3kills.

Cara yang lebih mudah ialah

i) Lihat laluan penerbangan korang. Jika bucu terakhir arrow laluan penerbangan adalah di air maka korang exit dan mula balik. Pastikan laluan perbangan terakhir adalah di darat.

ii) Jangan terjun dulu, biarkan ia terjun sendiri secara automatik. Korang akan dapati beberapa pemain yang offline. Kalau ada rezeki mungkin lebih dari 2 orang. Kebiasaanya akan ada 2-3 orang yang offline.

iii) Tengok map, pinpoint offline player spot. Kemudian korang cari rumah terdekat untuk loot.

iv) Cari secepat mungkin AR(Assault Rifles) atau SR(Sniper Rifles) dan cari juga sight/scope sebab susah korang nak bidik dengan tepat dengan jarak 50m. Kalau AR set pada mode single.

v) Dah loot, terus pergi ke tempat yang korang pinpoint dalam map. Berada pada jarak sekurang-kurangnya 50m dari target korang (jangan kurang). Nak ukur jarak boleh gunakan quick chat “Enemies Ahead”.

vi) Aim betul-betul dan headshot. Pastikan setiap tembakan terus keluar asap hijau.

* Kalau offline player hanya 2 orang, cari bot (bot sensitif dengan bunyi tembakan). Gunakan enemies ahead quick chat untuk ukur jarak. Kena tahan sikit tembakan dari bot.
.

4) Pemilihan Peta

Utamakan peta Erangel –> Miramar –> Vikendi –> Sanhok.  Sanhok agak susah untuk korang penuhi misi ini. Apapun ini hanya pendapat peribadi, pemilihan peta ini hanyalah faktor sampingan.

 

Nak dapatkan Title ‘SHARPSHOOTER’ ni memang susah. Apapun jangan give up dan terus try. Korang yang dah dapat tu, boleh Screenshot dan upload diruangan komen. Boleh jadi inspirasi untuk member-member yang lain.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.