The Outer Worlds : Game Bertema Luar Angkasa Akan Hadir Tanpa Microtransaction
Pada awal minggu ini, Obsidian Entertainment selaku developer Fallout New Vegas telah mengumumkan game terbaru mereka iaitu The Outer World dalam acara The Game Awards.
Sekali pandang, gamer-gamer dapat melihat game ini seakan-akan menggabungkan game Fallout dan Borderlands. Outer World ini merupakan game first-person shooter dengan elemen RPG yang berlatarkan setting luar angkasa.
.
Yang lebih menarik tentang game ini ialah, setiap keputusan yang player lakukan akan memberi dampak pada jalan cerita game.
.
Walaupun game ini tidak memliki bajet yang besar tetapi ia masih mampu menawarkan kualiti grafik yang cantik dan mempersonakan. Perkara yang membahagiakan gamer ialah, game ini akan hadir tanpa microtransactions. Anda hanya perlu beli game ini dan enjoy sepuas-puasnya tanpa perlu fikirkan untuk lakukan apa-apa pembelian lain.
.
Setakat ini game ini belum ada tarikh pelancarannya namun dipastikan ia akan dilacarkan pada tahun 2019 untuk PC, PS4, dan Xbox One.