The King of Fighters All-Star Bakal Dilancarkan Di Telefon Pintar Pada Tahun Ini!

0 736

Baru-baru ini Netmarble mengumumkan bahawa game action RPG mereka iaitu The King of Fighters All-Star akan dilancarkan secara global pada tahun ini. Game ini sebelumnya telah dipasarkan di Jepun dan Korea pada 26 Julai 2018. Kini hanya menunggu tarikh untuk peringkat global di Google Playstore.

The King of Fighters All-Star merupakan game yang bertemakan ARPG yang menampilkan pelbagai watak-watak hero The King of Fighters ’94 sehingga The King of Fighters XIII. Game ini berbeza dengan game-game The King of Fighter yang lama. Dalam The King of Fighters All-Star, pemain dapat melakukan berbagai super moves dan combo. Tidak hanya itu, penerbit juga menawarkan keasyikan jalur ceritanya yang tersendiri dan beberapa watak hero istimewa.

Semasa pelancaran game ini nanti, pemain berkemungkinan dapat memainkan sehingga 50 hero dari franchis The King of Fighters.

Walaubagaimanapun setakat ini belum ada tarikh rasmi dan pengumuman tentang harga game ini atau mungkin percuma.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.