Tencent Terapkan Sistem Had Masa Bermain Game PUBG Mobile – Hanya 6 Jam Sehari!

0 979

Di India, game popular yang dikeluarkan Tencent iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) terus ditekan dan didesak selepas beberapa laporan melaporkan bahawa game tersebut mengakibatkan keganasan dan kelekaan.

Sebahagian negeri di negara tersebut telah dalam proses mengharamkan game tersebut seperti yang berlaku di Gujarat. Baru-baru ini, seramai 10 mahasiswa telah ditahan di Kota Ahmedabad, Gujarat kerana didapati bermain game PUBG.

Rentetan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku, Tencent telah mengambil keputusan untuk mencuba mengimplimentasikan sistem had masa bermain dengan menghadkan tempoh bermain game PUBG di beberapa kawasan yang telah diharamkan.

Tencent telah menggelarkan had waktu tersebut dengan nama “Health Reminder”. “Health Reminder” merupakan salah satu solusi yang dikenakan ke atas pemain India di kawasan yang telah diharamkan.

Pemain hanya dibolehkan bermain game PUBG selama 6 jam. JIka didapati melebih tempoh masa yang ditetapkan, pemain akan mendapat sebuah mesej yang mengatakan “Anda telah bermain game ini selama 6 jam” dan pemain tersebut hanya dibenarkan bermain pada keesokan hari.

Selain itu, game tersebut juga mempersoalkan, adakah pemain berumur atas 18 tahun atau sebaliknya. Jika dibawah umur 18 tahun, had masa yang dikenakan akan lebih rendah.

Walaubagaimanapun sistem ini masih dalam fasa percubaan, belum dapat dipastikan adakah sistem ini bakal diterapkan secara penuh atau tidak  pada masa akan datang.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.