SouljaBoy Masih Belum Menyerah! Kali Ini Dengan Melancarkan Konsol Seperti PS Vita

0 841

Soulja Boy merupakan salah seorang rapper yang terkenal dari Amerika. Sebelum ini ia pernah terpalit dengan beberapa isu kontroversi mengenai perniagaannya dalam gaming. Dimana konsol yang dikeluarkan oleh Soulja Boy telah di saman oleh Nintendo, konon-kononnya konsol tersebut mengandungi pelbagai game (ROM) illegal dari berbagai konsol seperti NES, SEGA dan lain-lain lagi.
.

Nintendo membuat kenyataan bahawa Soulja Boy telah mengeluarkan game Nintendo secara haram.
.

Belum lagi sejuk isu tersebut, nampaknya Soulja Boy membuat comeback dengan konsol terbaru keluaran beliau. Namun kini konsol tersebut memiliki reka bentuk PS Vita. Walaupun sama tetapi berbeza kualiti yang ditampilkan. Konsol PS Vita versi Soulja Boy hanya memakai resolution 480×272.
.

Awalnya konsol ini dijual pada harga $200, tetapi diberi diskaun sehingga 50% dan dijual pada harga $99. Jika sebelum ini Soulja Boy berhadapan dengan Nintendo, apakah pada masa akan datang Soulja Boy akan berhadapan dengan Sony?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.