Sony Akan Hentikan Pengeluaran Game Fizikal PS Vita?

0 678

Sony baru sahaja mengumumkan bahawa mereka tidak akan membina/mengeluarkan game fizikal untuk Playstation Vita. Namun game dalam bentuk digital masih lagi ditawarkan untuk dimuat turun. Ini menunjukkan trend PSVita semakin suram. Anda boleh buat tempahan game fizikal sebelum 15 Februari 2019, berdasarkan laporan Kotaku.

Sony sebelum ini telah mengatakan bahawa mereka tidak ada apa-apa pelan untuk mengeluarkan device terbaru kerana trend lebih memihak pada telefon pintar dan pasaran mobile

Generasi lepas, Nintendo berjaya menjual 154.9 juta Nintendo DS berbanding PSP 80.82 juta. Pada generasi sekarang 3DS telah menjual 72.09 juta berbanding PSVita yang dijangkakan dijual sebanyak 16 juta.

16 juta sememangnya angka yang besar tetapi ia tidak cukup jika dibandingkan dengan jualan PSP.

Terdapat kritikan daripada pengguna Vita yang mengatakan bahawa Sony tidak memberi tumpuan sewajarnya pada Vita. Memory card sangatlah mahal dan PSVita tidak memasarkan dengan baik.

Tetapi harus diakui Vita merupakan konsol yang bagus. Terdapat tawaran game indie, dan game PlayStation. Ia juga memiliki pelbagai kelebihan lain berbanding keluaran saingan. Di Jepun masih, Vita masih lagi popular. Apa yang kita boleh harapkan jika Sony ingin mengeluarkan konsol tangan yang baru, Sony seharusnya menggunakan kekuatan Vita dan mengembangkannya.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.