Shroud Nyatakan Hasrat Untuk Berhenti Main Game Apex Legends Buat Selama-lamanya?
Michael “shroud” Grzesiak atau lebih dikenali sebagai Shroud merupakan pemain professional CS:GO peringkat dunia. Disamping kerjaya beliau sebagai seorang pemain professional, beliau juga turut berkecimpung menjadi seorang fulltime streamer. Nama beliau terus meningkat naik bersamaan dengan populariti PUBG. Shroud sering digelar sebagai lagenda PUBG kerana dapat menembak musuh dengan tepat pada sasaran dan kelincahan permainan yang ditampilkan.
Sejak Apex Legends mula dilancarkan, Shroud merupakan salah seorang streamer yang kerap stream game ini dan memuji game Apex Legends. Boleh dikatakan Shroud antara penyumbang kepada populariti game Apex Legends sedikit sebanyak.
Memang diakui bahawa game Apex Legends mendapat reviews yang positif oleh ramai gamer. Walaubagaimanapun, sejak kebalakangan ini, ramai cheater/hacker telah mula membanjiri game tersebut, sehingga gamer-gamer mula bosan dan meninggalkan game Apex Legends.
Hal yang sama juga dirasakan oleh streamer popular Apex Legends ini. Dalam streamingnya di Twitch, Shroud telah mengungkapkan bahawa ini adalah permainan terakhirnya bermain Apex Legends. Alasan Shroud ialah sama oleh kebanyakkan gamer, kualiti game ini semakin menurun kerana terlalu banyak cheater/hacker dalam game ini. Respawn Entertainment sebagai developer juga tidak menyelesaikan masalah ini dengan sepenuhnya.
Bukan itu sahja, Apex Legends juga masih memiliki masalah lag. Hal ini turut dirungut oleh Shroud sendiri.
Perkara ini berkemungkinan akan menarik lebih ramai pemain untuk tinggalkan game ini. Diharapkan developer dapat selesaikan masalah hacker dan lag termasuk menambahkan konten-konten yang lebih fresh jika ingin mengembalikan zaman kegemilangan Apex Legends.