Respawn Hadirkan Mode Rank Dalam Game Apex Legends?

0 791

Terkini tentang game Apex Legends, game ini telah berjaya meraih 25 juta pemain dalam waktu hanya 1 minggu. Bagi korang yang masih belum mencuba game ini, tidak rugi untuk cuba.

Game Apex Legends bukan sahaja dipuji oleh pihak PUBG bahkan co-founder Fortnite (Mark Rein) juga memuji bahawa game Apex Legends ini sangat menyeronokkan.

Respawn juga menzahirkan kegembiraan dan berterima kasih kepada para peminat game ini. Pihak Respawn juga bercadang untuk menambhkan pelbagai tambahan untuk game ini supaya ia lebih menarik.

Antaranya ialah Respawn akan melancarkan mode Ranked dalam waktu terdekat. Mode ranked Apex Legends ini sempat menjadi topik perbincangan hangat di reddit.

Sebelum mode ini dilancarkan, korang boleh pakat standby dan berlatih main game Apex Legends terlebih dahulu.

Buat korang yang belum mencuba game ini, Apex Legends sudah dapat dimuat turun untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC sejak 5 Februari yang lepas.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.