PUBG SAVAGE Versi Beta Akan Kembali Lagi Pada Minggu Hadapan

0 787

PUBG akan kembali dengan nuansa permainan yang baru bagi pusingan kedua iaitu ‘SAVAGE’. Berdasarkan pengumuman PUBG di Twitter, uji cuba untuk pusingan kedua akan dilancarkan minggu hadapan. Ia belum rasmi masih beta.

Map SAVAGE ini adalah lebih kecil berbanding sebelumnya iaitu hanya berukuran 4x4km. Disebabkan map tersebut kecil maka potensi untuk bertemu dengan musuh adalah lebih senang. Yang pasti lebih senang mati juga hee.

Map ini banyak mengandungi padang pasir dan daerah hijau. Pattern cara permainannya juga berbeza dan unik jika dibandingkan dengan peta-peta lain seperti Erangel dan Miramar. Bagi versi PC, perubahan cuaca dalam Map Savage ini bersifat dinamik iaitu berubah-rubah.

Percubaan pertama kali yang dibuka kepada orang awam ialah pada April, 3 dan kini akan kembali pada pusingan kedua. Berdasarkan permainan Beta Savage, corak permainannya hampir sama seperti Fortnite. Savage ini sesuai untuk player yang mencari middle ground antara 2 title battle royal.

Semalam Steam telah mengeluarkan kenyataan bahawa ”Codename; Savage akan kembali lagi pada pusingan kedua yang akan dikendali di bawah Closed Experimental Server,” ” Kami juga akan membuka pendaftaran di website dan memberi lebih banyak kunci. Jika anda sudah mempunyai kunci bagi CES pusingan yang lepas, maka anda boleh gunakannya.”

Pendaftaran akan mula dibuka pada 14 April dan akan ditutup pada 17 April. Peta tersebut akan tersedia untuk dimainkan di bawah Closed Experimental Server sekali lagi dalam jangka waktu yang singkat pada hari Isnin 16 dan 17 April.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.