Presiden Indonesia Belajar Main Mobile Legends Dengan Anak Muda Ini

0 974

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenal sebagai Jokowi mengaku bahawa beliau tidak ingin ketinggalan dalam trend baru industri sukan  iaitu sukan elektronik.

Beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar bermain Mobile Legends daripada anak muda bernama Kaesang Pangarep yang juga merupakan anaknya.

Kata Jokowi, ” Saya awal-awalnya tidak beberapa faham tentang Esprts, apa itu Mobile Legends? Tetapi dari semasa ke semasa, saya mula faham dan meminta Kaesang untuk mengajarkan saya.” .

Ucapan itu dilontarkan Jokowi di hadapan para pelajar sekolah menengah sempena acara Apresiasi Kebangsaan Indonesia pada hari ini.

Menurut Jokowi, kini zaman telah mula berubah, ESports dapat dijadikan sebagai satu kerjaya yang menghasilkan pendapatan yang tinggi.

Presiden Indonesia tersebut menyeru agar generasi muda pada ketika ini menyiapkan diri dalam menghadapi perkembangan zaman agar tidak ketinggalan. Tambah beliau, negara kini sedang menghadapi revolusi industri 4.0 dimana berdasarkan kajian, revlousi ini memberi kesan yang lebih besar dibandingkan revolusi sebelumnya.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.