Populariti Game Apex Legends Kian Jatuh – Apakah Yang Terjadi?

0 2,025

Sekarang game Apex Legends telah hampir berusia 3 bulan. Kemunculan game Apex Legends memang sangat hype. Ia menjadi satu-satunya game battle royale yang menggugat semua pesaing-pesaingnya. Dalam masa tidak sampai 1 bulan, Apex Legends telah meraih lebih 50 juta pemain. Apex Legends bahkan dikatakan game ini dapat menyaingi Fortnite jika dibandingkan data kemuculan kedua-dua game tersebut.

Namun sejak kebelakangan ini bilangan pemain game Apex Legends semakin menurun bahkan secara drastik. Bukan itu sahaja, penonton-penonton game Apex Legends di Twich juga semakin berkurangan termasuk pencarian di Google. Ramai mula kembali pada game battle royale Fortnite dan PUBG.

Pada awalnya bilangan penonton di Twich ialah sekitar 350,000 penonton, kini ia telah jatuh sehingga 30,000 penonton sahaja pada minggu lepas. Dari 40 juta penonton per minggu kepada 10 juta penonton per minggu.

Apakah yang terjadi pada game Apex Legends? Apakah penyebabnya?

Sebenarnya kejatuhan game Apex Legends sudah boleh diagak. Menurut penganalisis, Respawn tidak menghadirkan konten-konten yang lebih Fresh. JIka dibandingkan dengan pesaing terdekat, game lain dapat hadirkan pelbagai mode dan konten yang baru sehingga membuatkan pemain semakin teruja.

Tidak sekadar itu, Apex Legends juga dibanjiri dengan ramai cheater/hacker dalam permainan sehingga membuatkan pemain semakin muak. Ditambah pula dengan masalah lag yang belum selesai.

Apapun kita kena bersikap adil, Apex Legends baru sahaja berusia 3 bulan. Masih ada ruang untuk penambahbaikan. Diharapkan dari semasa ke semasa, Respawn terus memperbaiki dan menawarkan tawaran yang lebih menarik dalam game Apex Legends.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.